'

PENGIKUT TERBAIK !

Sunday, January 31, 2010

the mummy datang kembali!!!

 
komen meh gambar nie..

cinta dan kasih sayang bukan untuk diucap semata2

 
Salam kawan-kawanku, camat malam. Aku terasa nak berjiwang malam-malam nie.hehehe..sori ye.Waktu nie aku terfikir apa yang lelaki cari dari seorang perempuan??aku terfikir berapa peratus lelaki yang  boleh dibuat laki dalam dunia nie.Aku selalu dengar orang cakap, kita muda lagi xpayah pikir nie semua. Tapi boleh korank pikir tak??untuk apa korank b'kapel sekarang??Orang yang b'kapel sekarang mesti berharap pasangan mereka nielah yang akan jadi suami atau isteri korank akan datang. Aku selalu berharap orang yang hadir dalam hidup kita tu akan kekal, dan akan selalu bersama kita even susah or senang. Lelaki yang aku idam untuk jadik suami aku akan datang mestilah matang dan ada prinsip hidup.Someone yang sayang aku walau apapun jadi dan mampu hidup dengan aku@tahan dengan kerenah aku.Ustaz aku cakap, kalau kahwin untuk seks semata-mata,ikatan tu tak lama. Jadi marilah kita bersama-sama mematangkan diri dalam menempuh hari-hari mendatang. Persoalannya..MACAM MANA TANDA PASANGAN YANG TAK SETIA??MACAM MANA NAK PANJANGKAN HUBUNGAN??LAYAK KE SAYANG DAN CINTA DIUCAP KALAU TAK DIBUKTIKAN??
jawab jangan tak jawab..

Thursday, January 28, 2010

weee~kem dekat bukit lepor.best!!!

Pic nie dah lama..masa kem tahun lepas. Kitorang pergi bukit lepor, masa mula-mula aku rasa macam tak nak pergi sebab bukan kelab aku yang buat. Aku join aktiviti kelab orang..tulah aku nie suka nyebok.hehehe..TAKUT TAK BOLEH NGAM. Tapi bila aku dah join, best giler. Kawan pun banyak dapat, aku seronok r. Dapat panjat bukit, tu bukanlah hobi aku tapi lebih pada nak cuba. Memang penatlah tapi berbaloi.huhu..kesimpulannya jangan takut nak menyemak aktiviti kelab orang.hehehehe


Sunday, January 17, 2010

putus by melda ahmad

PUTUS

Chorus
Aku duduk sendirian dikamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yg lain,
tergamakmu merobek hatiku.

Tapi setelah kau pegi aku
mendapat lebih baik darimu,
dia hargai aku,
dia sayangi aku
lebih daripadamu,
aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lagi bersamamu,
namun pastinyar nanti kau akan sedari,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku….

apa komen korank pasal lagu nie??


Monday, January 11, 2010

CINTA vs CITA-CITA

Holaa kawan-kawanku, hari nie aku tak taw nak tulis pasal apa. Tengah aku on9 tiba-tiba terlintas tentang sesuatu. Cinta vs cita-cita, yang mana dulu eh?? ermmm kalau tanya aku, aku akan jawab dua-dua. Ini disebabkan kerana aku tak boleh hidup tanpa cinta dan aku juga tak boleh teruskan hidup tanpa cita-cita. Macam mane dengan korank pulak eh??cinta or cita-cita??

Sunday, January 10, 2010

rokok tu macho ke??



Apa pandangan korank pasal mrokok??ada yang cakap macho. Kalau tanya aku,aku akan jawab tak macho langsung. Mulut bau, duit habis, bawa penyakit dan lain-lain lah.Takda yang best pun..apa pula pandangan korank??.

Saturday, January 9, 2010

HARTA PUSAKA VS WASIAT???



Hari ni aku nak share dengan korank sikit ilmu yang aku baru belajar dekat kelas Mawarith tadi petang. Korank semua mesti tahu kalau aku sebut pasal harta pusaka atau harta wasiat kan??.Biasanya kalau kita sebut harta pusaka atau wasiat, majoriti orang akan fikir harta tu semua untuk ahli keluarga si mati. Korank pernah fikir tak yang jiran sebelah rumah atau pembantu rumah korank yang tiada sebarang pertalian pun boleh dapat harta tu gak??. Sebenarnya harta wasiat dengan harta pusaka adalah dua benda yang berbeza. Dekat bawah ni aku jelaskan sedikit prosedur yang perlu dilakukan terhadap harta-harta peninggalan si mati. Setelah seseorang itu mati, sebelum harta-hartanya dibahagikan mengikut sistem faraid(sistem pembahagian harta mengikut cara islam). Beberapa hak perlu ditunaikan mengikut tertib seperti di bawah:

  1. Hak ain harta(berkaitan dengan harta).
Iaitu berkaitan dengan harta-harta yang ditinggalkan si mati. Contoh mudah yang boleh aku bagi ialah si A membeli rumah daripada si B dengan harga RM400 000. Tetapi si A telah meninggal dunia sebelum habis bayar hutang rumahnya. Semasa hidup si A,dia dah bayar sebanyak RM200 000 kepada si B.Jadi tanggungjawab waris si A ialah jika dia nak rumah tu dia kena bayar baki hutang rumah tu sebanyak RM200 000 lagi. Kalau tidak rumah tu akan kembali menjadi milik si B, dan si B pula kena pulangkan semula RM200 000 yang dah dibayar si A semasa hidup dia.
                                                                                                                                                                                
      2. Hak persiapan pengkebumian.

Perbelanjaan yang digunakan untuk membiayai segala persiapan untuk pengkebumian seperti belanja memandikan, menggali kubur, menanamnya dan sebagainya.Hukum buat kenduri adalah tidak disunatkan, dan jika korank ingin juga mengadakan kenduri haram menggunakan harta milik si mati. Ini bermaksud, kalau nak buat kenduri gunalah duit anak-anak si mati,jiran-jiran atau saudara mara.Oleh itu, siapa yang membelanjakan  sesuatu daripada harta peninggalan si mati hendaklah menggantikannya.

      3.Hak hutang piutang.

Setelah menyelesaikan belanja pengebumian, jika ada lebih hartanya, hendaklah diselesaikan pula hutang piutang si mati. Hutang-hutang ni termasuk hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. Dalam mazhab Syafie, hutang dengan Allah hendaklah didahulukan daripada hutang dengan manusia. Hutang-hutang Allah ialah seperti zakat yang belum ditunaikan, nazar,haji serta kafarah. Hutang dengan manusia seperti hutang wang dan sebagainya.

       4.Hak wasiat.

Setelah selesai menyempurnakan hak-hak yang tersebut di atas, barulah kita sempurnakan wasiat si mati. Jika ada lebih hartanya. Pemberian harta wasiat tidak boleh melebihi satu per tiga daripada baki harta tersebut, sekiranya lebih satu per tiga maka tidak sah wasiat itu kecuali diizinkan oleh ahli-ahli warisnya. Wasiat boleh diberikan kepada sesiapa sahaja bergantung kepada wasiat si mati.Tak kisahlah samada si mati wasiatkan  hartanya pada orang yang tiada pertalian darah sekalipun asalkan tidak lebih satu per tiga.

       5.Harta sepencarian.

Seterusnya, jika ada diantara waris-waris yang ingin menuntut harta sepencarian bersama si mati hendaklah mengemukakan tuntutannya ke mahkamah syariah sebelum harta tu difaraidkan. Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan mengikut syarat-syarat ditetapkan syarak.

       6.Hak waris(harta pusaka)

Setelah selesai menyempurnakan hak-hak diatas, maka bolehlah  baki harta tersebut dibahagikan kepada  waris-waris si mati yang berhak mengikut syarat dan tertibnya.


Kesimpulannya,banyak langkah-langkah yang perlu dipatuhi sebelum korank semua fikir nak harta tu. Bila kita dah tahu serba sikit tak lah begaduh adik beradik pasal harta pusaka. Dahulukan mana yang wajib..

Saturday, January 2, 2010

CONTEST BARU PULAK!!




Contest nie sama macam contest-contest yang lain, letak pic hitam putih milik korang sendiri. Bukan cetak rompak taw.Aku letak pic kat bawah nie, tak tahulah lawa ke tidak.Hope ok r ye.Klik link dekat bawah nie kalau korank nak join gak. http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/contest-baru-pulak.html



shhh~jgn kutuk kalau tak lawa

EDIT PHOTO CONTEST



Hari ni aku nak cerita pasal edit photo contest yang d'anjurkan oleh cik ros.Aku terjumpa masa bejalan-jalan dari blog ke blog tadi di  http://ochaz.blogspot.com. Syarat-syaratnya ialah:

  • gambar mestilah gmbar korang..solo atau paling ramai bertiga...(baik solo, kalo rmai nnti menang kena lak share hadiah..=)
  • kreativiti perlulah tulen, asli dn bkn cetak rompak ye...xbaik pirate2 ni..hehe..
  • buat satu entry kat blog korang psl contest ni dn letak la pic yg korang edit kat entry tersebut dn bg link kat komen cik ros..nnti cik ros g terjah ye
  • korang kena letak pic/banner kata atas tu kat side bar korang dan link pada contest ni ek...nnti cik ros nk wat sportcheck sape yg join contest ni...hehe..
  • kalo nk follow..follow lah..kalo xnk pn xpe..bkn pe..sng korang nk update pe2 psl contest ni..hehe
Aku nak letak gambar dekat bawah ni untuk join contest ni. Tapi tak tahulah ok ke tidak, xpelah. Aku letak jelah eh.




Friday, January 1, 2010

Falsafah babi VS lebah




FALSAFAH BABI :
Kita jangan jadi macam babi!
Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman, walaupun di sana ada bunga mekar indah, buah-buahan yg enak2 dan makanan yg baik2,
tapi babi akan tetap mencari najis dan kotoran.
Pengajaran : Jangan kita jadi macam babi, asyik mencari kekotoran dan najis. Kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara2 kita saja.



FALSAFAH LEBAH :
Kita kena jadi macam lebah!
Sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga, tidak kira bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut. Dan akhirnya manisan  itu akan dikumpul di dalam sarang,
dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit).
Pengajaran : Jadilah seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.