'

PENGIKUT TERBAIK !

Saturday, February 20, 2010

WISH UNTUK TERSAYANG..


Hari ni aku terasa macam nak buat satu ruangan untuk korank semua memuji orang-orang yang korank sayang. Tak kisahlah siapa pun dia, keluarga, kawan, pakwe, makwe, tunang, suami ke isteri ke siapa-siapalah. Sebutkanlah kebaikan diorang walaupun sikit pun, tak salah memuji sekali sekala. Tulis pujian korank dekat sini tanpa segan silu, nak tulis nama full korank dan orang yang korank sayang pun tak apa. Kenapa tetiba aku buat post ni, semuanya kerana aku terfikir walaupun orang yang kita sayang tu kadangkala buat kita angin, tak ada mood, tapi mesti terselit walau sikit kebaikan diorang yang buat kita sayang dekat diorank. Jadi janganlah malu dan segan, luahkanlah isi hati anda.

Saturday, February 13, 2010

NO REASON FOR IT..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

kenapa wanita kecil hati??

 

1. Bila kekasih bagitahu ada gadis lain suka atau minat dirinya. Awas, walaupun niat tu suci ikhlas bercerita. Ia pasti mengundang rasa cemburu.

2. Bila kekasih melayan orang lain secara lebih-lebih terutamanya wanita. Contohnya, bila orang lain ajak ikut je tapi bila awek sendiri ajak banyak alasan.

3. Bila bertemu rakan kekasih sendiri tak nak diperkenalkan.Tak cukup itu, kita pulak disisihkan dan mereka rancak berbual macam kita tak wujud.

4. Gadis mesti rasa cemburu bila kekasih jawab telefon jauh-jauh.Apa motifnya tu?? takau kita tahu apa dia cakapkan.

5. Terlalu memuji kelebihan yang ada pada perempuan lain. Boleh dikatakan semua hebat dimatanya. Hai, patutlah awek sendiri cemburu.

Friday, February 12, 2010

10 TANDA HUBUNGAN KAMU DAN SI DIA DIANCAM PERANG DUNIA


Cinta tak selalunya indah dan manis. Walaupun ia tenang diluar namun tak bemakna ia tenang juga di dalam. Ada beberapa petanda atau isyarat awal yang akan membantu kamu untuk mengesan perang dunia ini sebelum ia meletup.

1.Si dia sering mengawal pegerakanmu sedangkan kamu tidak boleh mengetahui aktiviti luarnya.

2. Kamu dan si dia sering bertikam lidah walaupun tentang benda yang remeh temeh.

3. Kamu sudah mula jemu dengannya sedangkan dahulu dialah pujaan hatimu.

4. Si dia mula berkira tentang pebelanjaannya kepada dirimu, malah ia mula mengawal pebelanjaan kamu.

5. Kamu dan si dia mula berahsia tentang semua perkara.

6. Kamu tidak lagi bebas membuat keputusan kerana si dia sentiasa mengawalmu.

7. Si dia sering ambil mudah setiap perkara dan jarang mengambil kisah perasaanmu.

8. Si dia mula berubah sikap dan tidak lagi memanjakan kamu.

9. Si dia mula menyuruh kamu mengutamakannya sehingga mengabaikan teman-teman dan keluarga.

10. Kamu sudah mula berubah pandang dan bercadang untuk mencari kekasih lain.

Thursday, February 11, 2010

TERIMA KASIH AWAK!!


Awak..
hari nie awak nampak serabut
ramai yang kutuk awak
tapi hati saya gak yang memuji
awak hensem hari nie

Awak..
hari nie awak senyum dekat saya
tapi saya buat-buat tak nampak
padahal nak elak dari pengsan

Awak..
hari nie awak masuk kelas saya
tapi saya buat bodoh je
padahal rasa bumi nie dah tak cukup udara

Awak..
hari nie awak nampak hensem
semua orang puji awak
saya puji dalam hati je
padahal saya nak gak puji kuat-kuat


Awak..
hari nie saya senyum dekat awak
tapi awak jalan depan saya
jadi tak bemaknalah senyuman saya tue


Awak..
hari nie saya tegur awak
tapi tegur dalam hati je
jadi awak tak pernah dengar all the gud luck
yang saya wish hari-hari

Awak..
hari nie kita duduk semeja
tapi saya rasa macam jauh giler
padahal tak sampai pun sedepa

Awak..
hari nie awak beratur belakang saya
tapi saya tak tahu nak cakap apa
jadi saya bla macam tu je

Awak..
hari nie dah berubah situasi
tapi saya masih disini
cuma sekarang saya kesorangan tak terisi

Awak..
hari nie saya nampak awak kat McD
tapi awak tak macam dulu lagi
jadi saya pun mendiamkan diri

Awak..
hari nie saya dah janji nak pergi
tapi
kaki tak mahu melangkah lari

Awak..
sekarang saya menyesal ada ego yang tinggi
tapi dah tak ada harapan lagi
jadi nak taknak terpaksa sendiri

Awak..
hari nie hari terakhir nampak awak
tapi awak tak toleh pun dekat sini
awak fokus dekat tv

Awak..
hari nie saya tengok gambar kita senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak dibuang sayang nak disimpan sedih

Awak..
esok antara kita ada "balai berlepas"
ESOK..tiada esok untuk saya
ESOK..tiada esok juga untuk awak

Awak..
semoga satu hari nanti saya akan menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat sakit hati

Awak..
sebelum pergi
hari ini..dekat sini
saya janji
semua ini untuk awak
sebab kenal awak anugerah terindah yang saya miliki
terima kasih awak..