'

PENGIKUT TERBAIK !

Thursday, December 29, 2011

bicara hati

pembaca. .
nak diceritakan situasi saya sekarang agak stabil
walau dengan apa yang telah terjadi kini
air mata menjadi kering
sepertinya tidak mahu keluar membasahi pipi lagi. .

keadaan zahir saya mungkin nampak tenang
kerana saya mahu tampak gembira
tetapi pada dasar batin saya
terlalu sakit dan pedih untuk saya lalui ini semua

saya cuba untuk membuangnya sejauh mungkin
semua antara kamu menyuarakan
" sabar jelah, dia memang begitu. lupakan saja "
hey, mana mungkin perasaan itu dapat ku buang begitu saja
terlalu sukar rasanya. .

tetapi jika kamu duduk di tempat saya tika ini
kamu pasti dapat merasai keperitan saya
bukan mudah untuk mengubati kesedihan hati yang disakiti
kerna "DIA" sentiasa mengiringi hari kamu
mengikuti setiap bayang kamu
dan mencari peluang menyakiti kamu. .


* moga ada penghujung untuk semua ini

Friday, December 9, 2011

I MISS U





Dear Dairy , 

firstly im so sorry,
and here i want to tell you something
even you did't know , maybe'

you , 
seriously i'll miss our memory
sorry i miss you so much
so so much
damn .

sorry again
i miss you .
i miss you .
and i'll miss you . 
thank you . 

Thursday, November 24, 2011

" terima kasih "

terima kasih untuk tahun kita yang pertama, aku harap dari setahun kita akan melangkah ke tahun yang seterusnya bersama-sama. sayang aku pada kau hanya tuhan saja yang tahu bagaimana. sukar untuk aku luahkan dengan kata-kata. maaf jika aku kelihatan seolah-olah seperti tidak menghargai siapa engkau. kadang kita sukar untuk menunjukkan sayang kita kepada seseorang tu. tapi, hanya kau saja yang tahu bagaimana sayang aku kepada kau. makin hari makin sayang aku pada kau. kalau boleh, mahu saja aku enggan melepaskan genggaman tangan aku pada engkau. eratlah pegangan tangan tu, bawa aku ke dalam hidup kau tu. dan terakhir sekali, terima kasih sangat-sangat tak terhingga. biarlah aku ucap terima kasih beribu kali pun, kasih kau lebih tinggi dari kata-kata aku. terima kasih dan terima kasih sekali lagi. 



* iloveyousomuch :)

Saturday, November 19, 2011


Bukan senang kita mahu menjaga akan sesebuah perhubungan tu . dan bukan senang juga untuk kita membina satu hubungan itu dari hari pertama untuk besok , lusa , tulat dan seterusnya untuk hari hari yang akan tiba .

Mengenai kesetiaan antara satu sama lain ? jangan tanya aku , semua manusia mahukan hubungan yang jujur . kalau dibicarakan dari sudut hati aku , keluh sebentar aku untuk memikirkan itu semua . menjadi setia sukar , apatah lagi tidak setia juga . penat .

aku sendiri tidak faham , apa yang manusia mahukan akan dalam kehidupan realiti ini ? kadangkala dengan kejujuran itu menakutkan . terasa takut untuk mendengar sesuatu perkataan yang akan terpancul dari bibir seseorang itu . keluh sekali lagi .


* pasrah

Thursday, November 17, 2011


sudah berapa hari bibir aku ini tak mengucapkan yang aku rindu akan kau,kecuali jika kau sendiri yang bertanya pada aku, baru aku akan jawab ya. cuma aku saja yang tidak mahu mengucapkan kata yang serupa, mungkin kerna tidak mahu kau muak mendengar kata-kata yang tiap hari aku lemparkan pada kau. 

bila kita pendam,pendam dan pendamkan perasaan itu, suatu hari dia akan meletus juga. ah, hanya air mata yang menemani aku. entah kenapa dengan aku tika ini, rindunya yang teramat. sungguh. .aku rindukan kau  :)



* aku rindu kau sangat <3

Wednesday, September 28, 2011

TIGA KATA



* terasa aku bila dengar lagu nie, huhu

Sunday, September 25, 2011

SATU SAAT


satu saat lalu saya berjanji yang saya sayang , sayang itu saya akan bawa sampai bila-bila.

*  saya sayang awak :)

Wednesday, September 21, 2011

Cerita Saat Kecil

bila diceritakan tentang hari lahir ni ianya dibilang untuk menyambut hari kelahiran kita dalam setiap tahun. pejam celik pejam celik tanpa aku sedar yang usia aku kini akan meningkat ke umur 21 tahun. bagi aku usia tu dah menjangkau ke alam dewasa tu, sebab bunyi dia " puloh-puloh" dah. hehehe. . tapi bagi aku esok adalah hari aku, hari lahir Nurfadhilah Salleh yang ke 21 tahun. zaman remaja aku telah tamat, owh tidak.

 nak diceritakan juga, ,masa kecik-kecik dulu excited sangat nak besar, "bila nak abes sekolah nie, bila nak keje nie, bila nak kawen nie, bila nak dapat anak nie, bila nak dapat cucu nie" . tapi yang aku tak pernah cakap, " bila nak mati nie". huhu. sekarang, bila usia dah lebih 18 tahun semuanya rasa nak dilambat-lambatkan. banyak perkara nak dikejar dan tak sempat aku nak kejar. 

sekarang? ini cik fadhilah salleh sudah meningkat usia, makin hari makin malu nak menyambut hari kelahirannya sudah. bila nak diceritakan lagi-lagi juga, kadang tu terasa sedihlah juga. sebab usia makin meningkat, kita hanya merancang tapi tuhan yang mementukan perjalanan hidup kita. betul kan? kan?  jawablah yee. .hehe. iyelah, mana tahu ini tahun terakhir kita wujud atas muka bumi ni dengan usia yang telah ditetapkan olehNya. terasa sayu je bila fikirkan semua ini. kita nie manalh tahu bila ajal akan sampai. kalau tahu awal-awal, wahhh semuanya sudah lengkap prepare amal ibadat awal-awal. 

lagi, apa nak diceritakan lagi?? haha. sebenarnya, aku pun tak tahu nape aku suka sangat dengan tarikh lahir aku nie. tak tahu nak katakan bagaimana. so, dengan rasminya aku tamatkan sampai disini saja lah ye. sekian, terima kasih :)



* nielah aku sekarang. .fadhilah, lagi satu hari usia kau akan bertambah ke 21.orang nak sambut tahun baru dengan usia baru tapi kau yang lambat baru nak sambut hari lahir. kesian, kesian :)

Tuesday, September 20, 2011

my birthday coming soon !!

Sunday, September 18, 2011

DENGKI


Dengki itu penyakit hati, jadi jauhkan dia dari hati anda. anda takkan pernah rasa tenang dengan rasa itu. suatu hari yang lalu, saya belajar sesuatu tentang perasaan dengki. suatu hari yang lalu juga, saya menangis kerana perasaan dengki. hanya dengan perasaan dengki anda boleh menyakitkan hati orang lain, membuat orang lain menangis, membuat satu hubungan yang baik menjadi renggang. ermmm hebatkan penangan "DENGKI".


*  saya tak mahu peduli dengan perasaan dengki anda terhadap saya lagi, moga anda tak menjadi hamba perasaan  dengki seumur hidup. itu doa saya kepada anda, amin. .            

Thursday, September 8, 2011

OOOOHHH BABY :)


ohh baby baby,
jangan kau marah sebab ku tolak,
ku tahu kamu tampan,
ku percaya kau baik,
ku yakin pasti ada perempuan yang tertarik,

ohh baby,
jangan kau dendam sebab ku enggan,
bercinta aku mahu tapi tidak denganmu,
ku sudah ada satu,
kekasih yang menunggu,

ceritanya aku sedang belajar setia,
maka dari itu kamu jangan memaksa,
kerna aku memang tak suka mendua. .

* memang tiada perempuan seperti aku,tapi yang lebih baik banyak :)

Wednesday, September 7, 2011

Saat mataku terpejam, ku dambakan sesuatu yang lebih baik untuk esok hari. Moga ianya terjadi . .

Wednesday, July 20, 2011

baru VS lama ♥


Salam, sudah kelamaan aku tak jenguk blog. .dah bersawang nampaknya =p hari ni aku nak bercerita tentang benda yang korank kena fikir bila korank tetiba jatuh hati pada "seseorang baru" sedangkan dalam masa yang sama korank sudah berpacaran dengan "si dia" berkurun lama. Pasti otak korank akan bling-bling memikirkannya. Bertemu dengan "seseorang baru" yang kelihatan macam sempurna dan berteman dengan "si dia" yang telah berkurun anda kenal. Point yang mampu aku bagi untuk menyedarkan korank tentang satu realiti. .

Bila kita kenal lama dengan "si dia" :

 akan terserlah segala keburukan dan perangainya yang kadang-kadang kita sendiri kurang berkenan.
 time tulah macam-macam dugaan yang datang nak goncang-goncang hati korank.
 kadang-kadang kita akan rasa ada ramai lagi yang baik dan bagus dari si dia dekat luar tu.
 kadang-kadang kita akan rasa bosan tahap gaban coz asyik tengok orang yang sama je untuk bertahun lama.

Tapi kita kena ingat juga, bila kita jatuh hati dengan "seseorang baru" :

 memang r mula-mula nampak baik dan sempurna, itulah kehidupan kan? mula-mula semuanya indah. Lepas tu  kita pun tak tahu apa peelnya yang mungkin lagi hancur dari pasangan kita.
 kita kena fikir gak, boleh ke dia terima perangai buruk @ kekurangan kita. .takkan nak jadi plastik sampai   tua.
 adakah orang yang kita kenal tu boleh sayang kita macam "si dia" sayang kita selama nie. 
 lagi satu, kita tak mampu kenal orang sekelip mata so jangan bazir masa untuk mengenali "seseorang baru" sedangkan "si dia" adalah terbaik yang dah lama kita kenal.

Aku tak ada apa-apa tip, tapi aku percaya dia sayang aku. Tipulah kalau aku atau dia tak ada mengenali orang lain. .tapi asasnya sama saja, sama-sama kena percaya dan tetapkan hati. Aku tak kisah dengan siapa dia berkawan dan keluar tapi jangan sesekali bohong aku. Aku selalu cakap dengan dia, "kalau awak jumpa orang yang lagi baik dari saya tolong bagitahu saya". Aku menyayanginya secara sederhana saja, mungkin dia akan menjadi milik aku dan mungkin juga tidak. Aku selalu mengharapkan yang terbaik untuk kami, tapi aku tahu Allah dah aturkan yang terbaik untuk hambanya. 


* awak, terima kasih untuk segalanya. Walau kadang-kadang saya sakit hati gila dengan awak dan kadang-kadang saya nie degil macam puaka. Tapi saya tahu awak selalu ada dengan saya waktu saya senang dan susah. TQ  yunk ;) 

Friday, July 1, 2011

MENITIS KEMBALI


Dan untuk malam ini, sekali lagi air mata ku jatuh bercucuran di pipiku sendiri. Maaf, aku tidak mampu mengawalnya lagi. Ya Allah, adakah kau sedang menguji insan kerdil disisi kau ini ?? mohon dikuatkan hati ini. .

* aku letih dengan permainan dunia ini

Sunday, June 19, 2011

KLASIK ITU MINI COOPER :)

aku hidup banyak dibayangi kenangan silam, 
kenangan itu indah,
yang indah itu seni,
yang seni itu klasik,
bila klasik bermakna lama,
yang lama itu pula silam,
ya. .akhirnya aku harus bersetuju yang kehidupanku banyak dipengaruhi masa silam,
belajar dari kesilapan masa silam,
bahagia dari kebahagiaan masa silam,
motif entri ni ialah jangan dilupakan yang lama walau kita dah dapat sesuatu yang baru,
kita harus belajar yang lama untuk menghadapi yang baru. .


* aku merepek?? memang. .hehehe. Aku merepek sebab aku suka klasik, klasik itu mini cooper =p


Saturday, June 18, 2011

CAPRICE FEAT HAYAD -PILIHANKU


 
(Caprice)
“Aw Man, I think I’m in love bro; with this indie girl
you know, I like the way she holds the guitar
and she’s so cute, you have no idea
what should I do? are you serious?
I’m not gonna wear those tight jeans man
no way, not for a girl
fine, I’ll give it a try, let’s go”

(Hayad)
kau buatku bermimpi
auramu ku rasai
dekati dan dampingiku
jangan kau malu malu
hatiku berkata
kau dan aku kan bersama
mari kita berkawan
jangan kau malu malu

(Caprice)
I’m riding on the highway
I’m thinking bout my fan
How she got me thinking sideways
bout the way I treat my fans

like we should never go out
but shorty I’mma doubt it
I’ll take you to a place
where my friends won’t allow me

even though she got me
she ain’t never been the type to
tell her friends about me
and I never had to hide you

even when I ride but
jangan lebih lebih
I made your friends say
like caprice can be your baby

chorus
(Hayad)
ku, kan jadi teman dalam hidupmu
ku yakin kisah kau dan aku
walau hujan dan panas mengganggu
kau jadi pilihanku

kau, kau yang sempurna dari hatiku
ku yakin kisah kau dan aku
walau hujan dan panas menggangu
kau jadi pilihanku

(Caprice)
I’m a rapstar, shorty, I’m a rapstar
I be from Damansara
and this other dudes would hate but

I don’t bring no drama
my heart I left by the paper
haters wanna front on me
I tell’em see ya later

always on my grass
so it got complicated
you don’t got to worry
I can hit you on your pager

twitter all day but
jangan lebih lebih
I make your friends say
like caprice could be your baby


(Hayad)
Berdua,
tidak semesti bercinta
ku tahu kau dan aku
bersama


chorus
(Hayad)
ku, kan jadi teman dalam hidupmu
ku yakin kisah kau dan aku
walau hujan dan panas mengganggu
kau jadi pilihanku

kau, kau yang sempurna dari hatiku
ku yakin kisah kau dan aku
walau hujan dan panas menggangu
kau jadi pilihanku (X2)


(caprice)
“*sigh* sebenarnya
I dah jatuh cinta dgn you

(Girl)
alaa jangan lah merepek caprice

(caprice)
umm..I got one question though, serious

(girl)
what?

(caprice)
do I have to keep wearing this tight jeans?

(girl)
*giggles

(caprice)
I don’t have to?
thanks, love coz’ it’s a little too tight for me
you know what I mean
we people in hip hop
we got big ones
I need to readjust myself”



Thursday, June 9, 2011

KATA-KATA


kata-kata saya ianya lahir dan datang dari hati kecil ini ,
disetiap ayat-ayat dan tulisan ini punya kenapa ,
juga ia bukan hanya sekadar semata-mata ,
tapi diluahkan dengan apa yang dirasa ,

perasaan yang gelodak penuh rasa ,
akan terus menyelubungi jiwa ini ,
selagi jantungku berdegup detak di setiap detik ,
maka di situ kamu akan rasainya . .

* jangan biarkan perasaan ini lenyap dan terbengkalai dari jiwa kita :(

Tuesday, June 7, 2011

TENTANG SAYA KEPADA DIA

kalau dibicarakan tentang hati saya, perasaan saya, cinta saya, sayang saya pada seseorang itu ,
sememangnya saya insan yang ikhlas menyayangi siapa dia dalam hidup saya ,
terlalu tinggi cinta dan kasih saya meskipun saya tidak menunjukkan kasih sayang saya pada dia .

kalau dibicarakan tentang hati saya, perasaan saya, cinta saya, sayang saya pada seseorang itu ,
hanya dia saja yang tahu betapa sayangnya saya pada dia ,
hanya dia saja yang layak merasakan kasih saya, sayang saya, hanya dia, ya. .hanya dia .

kalau dibicarakan tentang hati saya, perasaan saya, cinta saya, sayang saya pada seseorang itu ,
betapa mendalamnya kata hati saya untuk dia , 
betapa saya ingin sentiasa dekat disamping si dia walau sedetik pun .

kalau dibicarakan tentang hati saya, perasaan saya, cinta saya, sayang saya pada seseorang itu ,
betapa gundahnya hati saya jika dia hilang dari hati ini ,
betapa sepinya hidup saya tanpa sekilas bayang dan suara si dia ,
saya perlukan dia. .ya hanya dia .


* saya sedih bila awak jauh dari saya, saya rindu awak :"(

TANAM ANGGUR TAK BERBUAH


Assalamualaikum semua, di pagi yang tak berapa indah, cuaca yang tak berapa nak best sangat nie. .aku nak share apa yang aku rasa sekarang ;) boleh tak?? hehe, tak boleh?? aku nak wt gak r =p Alkisahnya, aku baru je menamatkan gelaran " PENGANGGUR TERHORMAT " yang aku pegang selama sebulan. Best tak jadi penganggur terhormat ?? kalo tanya aku. .best r gak, boleh relax-relax anytime, anywhere tanpa penat ( besarkan badan je kejenye) tapi tak masyuk r. Kalau hari-hari duit jatuh dari langit kan bahagia :D mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan Cik Nurfadhilah Salleh. .jangan berangan bukan-bukan ! ! Mintak duit dari my parents, ermmm no lah ;) sangat tak cool dok. Berdikari ?? yup. .itu yang aku tengah belajar sekarang. Mula-mula dulu, aku agak demant ble carik keje. .nak yg best je. hehe ;) tak nak keje yang penat-penat r, yang panas-panas pun tak nak tapi last-lastnya aku mengalah r. Nak cari keje bukan senang, nak jumpe ur dream jobs pun agak susah :( dan sekarang aku dah ada keje. .yeye!! ( batak betol budak nie ) hehehe =p Keje aku sekarang sangat penat, penat yang menggila. .bukan pada badan aku tapi kaki aku (sekarang aku jalan dah terjengket-jengket coz tapak kaki sakit tak hilang-hilang ) mana tak kaki aku sakit jalan tak berenti-berenti. .hehe. Mula-mula rasa nak benti pun ada, tapi macam sayang je =,= aku try suka keje aku dan sekarang aku tak fikir lagi pasal nak benti.


 *Pesanan untuk diri aku sendiri dan anda yang membaca. .belajar r menyukai keje korank walaupun tu bukan pilihan korank coz kita akan rasa hepi je nak buat keje dan takdalah asyik tengok jam kira waktu balik. hehe ( itu yang aku selalu buat, jangan tiru taw !! )

Friday, June 3, 2011

KAMU LELAKI , JANGAN JADI BEGINI ! !


Let me start this entry with this quote “ perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik “. Aku tak nak mempersoalkan itu  kerana layaknya memang begitu.  Tapi ada satu persoalan yang bermain dalam otak aku sejak dulu lagi. Semua lelaki nak kan perempuan yang baik  untuk jadi isteri diorank, tapi kadang-kadang aku fikir layak ke diorank untuk mendapat perempuan yang baik sedangkan diorank sendiri memang tak baik. Wahai kamu yang bernama lelaki , jangan marah saya bertanya sebegini. Saya hanya mahukan pendapat , jawapan untuk persoalan nie. Direct to the point, aku agak anti dengan lelaki yang sukati diorank je nak label perempuan tu murah. Aku gak menyampah dengan lelaki yang usung perempuan kesana sini dan end of the day  dia kahwin dengan perempuan lain. Bila ditanya kenapa tak kahwin dengan perempuan yang dia bawak kesana kemari tu ?? jawapannya sangat mudah. .

“ takkan aku nak kahwin dengan perempuan murah macam tu , nak buat bini kena cari perempuan yang baik-baik “

OMG!!  Aku tak boleh terima cara lelaki macam tu. Siapa kau untuk menilai perempuan tu baik ke tidak?? Let me tell u what. . perempuan ini ada macam-macam jenis. Adakala, lelaki yang menjadikan diorank tak baik, kadang-kadang pulak diorank sanggup diusung kesana kemari sebab diorank dah tangkap cintan dengan korank . So lelaki janganlah korank ambil kesempatan dalam situasi macam tu. . korank tak pernah fikir ke apa yang diorank rasa bila korank tinggalkan dia macam tu je?? Kadang-kadang ada lelaki yang nak berkenalan dengan perempuan just for fun, just nak test how the machine work. “ Habis madu sepah dibuang “ , itu yang selalu terjadi kan??  Plezz guys, its not a fun drama. .it’s about a girl life. Pernah tak korank fikir, perempuan yang korank cakap tak baik tu ada keluarga, maruah, perasaan?? Diorank akan rasa terluka sangat hanya kerana perbuatan korank tu. Kesimpulan yang aku boleh buat ialah, sebagaimana murah korank memperlakukan seseorang perempuan, begitulah juga korank akan dibayar nanti. “ karma is the best thing ever existed “ , mungkin perkara yang sama akan berlaku pada adik korank, anak korank, atau pun isteri korank. Kepada lelaki di luar sana, janganlah sebarangan menilai perempuan. Kadang-kadang perempuan tu tak murah tapi korank yang membuatkan diorank jadi murah!!! Fikirkanlah. .

♥  aku bercakap macam nie coz aku juga seorang perempuan, hanya perempuan yang memahami perasaan perempuan.

Saturday, May 21, 2011

BENCI DEKAT UR BOYFRIEND'S EX??


Salam , saya datang dengan entri yang baru ;) agak lama tak update blog nie , maklumlah sedang mengalami saat2 kebuntuan ( mencari kerja ) , hehehe. Aku nak tanya korank tentang satu soalan , bencikah korank dekat ur boyfriends/girlfriends , tunang , suami/isteri korank punya EX ?? Yup . . mungkin bagi setengah orang , mereka agak anti dengan golongan " EX " kepada pasangan diorank. Tapi bila fikir-fikir balik , kita kena terima yang mungkin kita bukan " first love " diorank dan ada orang lain pernah duduk dalam hati pasangan korank sebelum nie. Tak kira r kita nie second love dia ke , third love dia ke atau kita nie love dia yang tak terkira jumlahnya. Why ye aku tulis entri mcm nie ?? coz aku selalu sangat jadi pendengar untuk masalah mcm nie. Antara ayat yang selalu aku dengar :


"  i hate my boyfriends EX . .dia tu gedik ! , dah clash pun gatal nak msg pakwe aku ! , EX pakwe aku tu miang. . selalu text pakwe aku lepas tu cerita diorank punya cerita lepas . . benci seh ! "


Tu benda normalkan??  kadang2 kita nie sampai terlalu obses nak taw pasal EX pasangan kita. Sanggup wt apa je , ada yang sanggup menyamar semata-mata nak taw semua tentang EX pasangan korank. Bila korank dah taw semuanya , ada penyakit baru akan datang. " PENYAKIT MENGUNGKIT " . Kadang-kadang tanpa kita sedar , kita akan mengungkit semua tentang  cerita cinta dia yang lepas. Habis semuanya diungkit sampai dah tak ada apa lagi nak ungkit.


" masa awak kapel dengan dia , awak selalu wt suprise. . dengan saya tak ada langsung , yelah . . saya taw EX awak dulu lgi cantik dari saya ,  tunggu sekejap pun tak boleh . . dulu elok je awak tunggu EX awk dan macam-macam lagi r yang tak tertulis oleh aku "
 
Kesimpulannya , tidak perlu benci dengan pasangan korank punye EX. Apa yang dah lepas tu biarkan saja , selagi mana dia tak menggugat hubungan korank just ignore them ;) . Yes , aku taw kadang-kadang kita ada perasaan cemburu , tapi plezzz guys think positive. Semua orang ada kelebihan , dia bersama kita sekarang dan bukan dengan their EX. Mungkin ada something special pada kita yang dia nampak , coz tu dia pilih untuk bersama kita dan bukan dia. Jadilah diri anda , he may love u , just the way u are ;)


Kalau tanya aku , nie jawapannya :


  • aku takkan membenci EX pakwe aku  melainkan dia yang nak sangat aku bencikan dia , so plezz jgn cari pasal dengan aku.
  • aku takkan tanya banyak-banyak pasal EX dia yang lepas-lepas , coz aku taw itu hanya akan menyakitkan hati aku saja. Apa yang dia cerita , itu yang aku taw. . nak taw banyak-banyak?? tak ada faedah lorh !
  • jadilah diri korank sendiri dalam sesuatu perhubungan , tak perlu  nak bandingkan diri korank dengan ur boyfriend's EX. Just being yourself :)
  • setiap kali aku fikir tentang perasaan pakwe aku dekat EX dia yang boleh membuatkan aku jeles tahap gaban , aku akan set awal-awal dalam kepala otak aku ( ini semua serbuk perasa dalam hubungan @ ajinomoto . . tak payah r sesak-sesakkan otak fikir yang bukan-bukan ). Dia dah besar panjang , ada otak dan boleh fikir mana yang baik dan tak ( bak kata pasangan saya) ;)


* memikirkan kebahagiaan bererti memikirkan apa yang terjadi sebelum dan terjadi nanti . Dan sampai suatu masa , berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri .

Tuesday, May 17, 2011

RINDU BANGET :(


sudah semalaman mata saya membengkak ,
tipulah kalau saya bilang tidak menangis ,
saya benci dengan keadaan begini ,
saya benci bila saya duduk keseorangan ,
mulalah saya akan memikirkan perkara itu .

kalau dia tahu bagaimana perasaan saya tika ini ,
hati saya rindu , hati saya nangis , hati saya sayang
semuanya pada dia saja ,
segala galanya berakhir dengan sebegitu sahaja .

saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak ,
saya mintak maaf dari segi apa pun ,
saya cuba untuk menjadi yang terbaik untuk awak , 
percayalah , secara benarnya saya sayang sangat dengan awak .

ikhlas . .

*saya rindu awak . :'(

Monday, May 16, 2011

pinjam ayat ;)

KATA-KATA INDAH

Ayat ini dalam ertinya, dah berkali aku memikirnya. sudah kerap ia melayang dalam kotak ingatan. ada terselit sesuatu yang tersirat disebalik yang tersurat itu. cuba kau dalami ayat-ayat itu, syukur andai kau fahami. kau masih tidak faham ??, tidak mengapa, mungkin suatu hari nanti kau akan memahaminya jua :)


" DI SAAT "

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang,
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya,

Disaat kamu mulai tidak mencintainya,
ingatlah saat kali pertama kamu jatuh cinta padanya,

Disaat kamu mulai bosan dengannya,
ingatlah selalu saat terindah bersamanya,

Disaat kamu ingin menduakannya,
bayangkan jika dia selalu setia,

Saat kamu ingin membohonginya,
ingatlah disaat dia jujur padamu,

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu,
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu,

Yang indah hanya sementara,
Yang abadi adalah kenangan,
Yang ikhlas hanya dari hati,
Yang tulus hanya dari sanubari,

Tidak mudah mencari yang hilang,
Tidak mudah mengejar impian,

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada,
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga,
Ingatlah pada pepatah,
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif,
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas,
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi,
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki,
Apalagi yang mau diperebutkan,
Apalagi yang mau disombongkan,

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani,
Jangan terlalu perhitungan,
Jangan hanya mau menang sendiri,
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita,
Belajarlah tiada hari tanpa kasih,
Selalu berlapang dada dan mengalah,
Hidup ceria, bebas leluasa,

Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan,
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan,
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.


____________________________________________________________

seriously aku bace ayat ni sungguh syahdu . ayat ayat die perghhh =,= . so guys , hope korank appreciate lah siape pn dlm hidup korank okays . :)

Sunday, May 15, 2011

DEAR PENGHUNI . .

DEAR PENGHUNI,

Ada seorang penghuni di hati kecil saya,
Dia telah bertapa tujuh purnama yang lalu,
Dia menghulurkan kasihnya pada saya,
Tapi tika saat itu saya hanya termanggu,
Namun saya sedar saya sudah jatuh hati kepada penghuni itu,


Penghuni itu mengajar saya erti kesabaran,
Penghuni itu mengajar saya erti kegembiraan,
Penghuni itu mengajar saya erti kesetiaan,
Penghuni itu juga mengajar saya erti kerinduan,
Dan penghuni itu telah membuatkan saya tidak menyangka sesuatu tentang dirinya,

DEAR PENGHUNI,

Terima kasih kerana sudi menyewa dan membeli 
hati kecil saya yang tidak seberapa ini,
Tidak ada manusia yang pernah lekang dari kesilapan,
Mohon maaf sering mengguris hati anda,
Menyeksa jiwa anda,

Jangan bilang saya tidak sayang,
Sayang saya hanya saya yang tahu,
Sayang saya hanya untuk awak rasakan,
Sayang saya bukan hanya di bibir tapi juga di hati,
Sayang saya akan sentiasa bertambah seiring waktu,


* sayang saya hanya untuk awak ;)

Monday, May 9, 2011

selamat hari ibu ;)


Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu diluar sana :) wahai anak-anak, hargailah ibu anda selagi mana mereka masih bersama anda. Untuk arwah mama saya (Hindon Bt Hj Nor), TQ kerana melahirkan saya, membesarkan saya, memberi kasih sayang kepada saya, mendidik saya dan segalanya. Tak terucap pengorbanan mama untuk along. Andai kata orang ckp saya pandai hari ini, saya sopan santun hari ini, semuanya kerana mama. Tanpa mama, along takkan jadi macam sekarang. Terima kasih banyak-banyak mama, along sayang sangat mama.

* i love u mama dunia akhirat

Friday, April 15, 2011

BILA DAH SAYANG . .



Bila kita syg org tu,
Kita tunggu dia lama pun x pe,
Tapi bila dia tnggu kita??? dia mrh2
Hati kata ala. .adatlah ada yang menunggu dan ditunggu :)

Bila kita syg org tu,
Kita x tido pun xpe layan dia yang tengah bosan,
Tapi bila kita bosan, Ada dia layan??
Hati kata xpe dia busy kot. .

Bila kita syg org tu,
Kita gadoh dengan dia, kita diam je,
Tp dia heboh 1 dunia,
Hati kata xpe, dia tgh tekanan tu. .

Bila kita syg org tu,
Kita kol nak ckp ngan dia,
Tapi dia matikan phone,
Hati kata, xpe, bateri dia "kong" kot. .

Bila kita syg org tu,
Kita bercerita dgn dia,
Tapi cerita dengan tunggul lg bgus,
Tapi bila dia bercerita dengan kita,
Sebijik-sebijik nak kene dengar, 
kalo tak nanti dia mrah

Hati kata xpe,syg katakan?

Bila kita syg org tu,
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia yg tgh bosan tu,
Adil ke? hati kata xpe, bukannye selalu. .

Bila kita syg org tu,
Kita jadi macam org giler bila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia siap keluar dengan kwn2 meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata, ala xpe. .
Xkn dia nak berkepit dengan kita 24 jam,

Bila kita syg org tu,
Kita xpernah pentingkan diri sndri,
Tapi dia hipokrit tahap gaban,
Hati kata xpe, dia memang macam tu kenalah terima,
Hati dah syg katakan. .

Bila kita syg org tu,,
Kita xsanggup tengok dia derita,
Tapi dia xpernah hargai diri kita,
Hati kata, tahu x betapa kita syg kan dia????

Bila kita syg org tu,
Kita syg nk tinggalkan dia utk selama2nya,
Tapi dia xtahu kita berdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit,dia kata dekat kita, 
Xda apelah tu,Sakit biasa2 je, 
Jangan nak mengarut,
Hati kata, macam manalah dia bila kita xde, 
Mesti dia hepikn??

Bila kita syg org tu,
Kita sanggup tinggalkan dia selama2nya,
Hati kata xpe. .
Janji dia hepi. .

Dan??
Bila kita dah tinggalkan dia selama2nya,
Dia datang ziarah pusara kita,
Dia kata dia mintak maaf sebab pernah mengata kita,
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tunggu dia,
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan,
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita,
Dia mintak maaf sebab xpernah hiraukan kol kita,
Dia mintak maaf sebab xpernah dengar luahan hati kita,
Dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita,
Dia mintak maaf sebab xpernah hiraukan sakit kita,
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri,
Dia mintak maaf sebab xpernah tengok penderitaan kita,

p/s: Hargailah insan yg menyayai kte sepenuh ati coz kte xtaw siapa lgi yang akan menyayangi kte seperti dia ^_^

Thursday, April 14, 2011

HARI TERAKHIR DI MAIJ ;)

 Haluuuuuuuuuu . . . ini story mory yg pertama utk tahun 2011. Hehe. Bukan ape , bila ada wktu terluang mcm nie r dtg mud nak b'blogging ;) Btw ari nie aq nak share dgn korank about the last day aq dkat Majlis Agama Islam Negeri Johor (tempat aq praktikal !) haha. 
So sweet lorh ;) Meh bce rmai2 meh !


Hahaha , sewel dax nie kn ??? huhu :p tgh keje pn bleh maen2 lgi. Ari last kne ceria dok ! aq tak taw ape plan diorank utk aq so aq duk diam2 jelah ;) Btw sepanjang aq praktikal dekat cni, mcm2 kerenah owg aq jmpe :p pape pn aq hanya mampu senyum dan terus senyum ;) 
(awet muda taw duk cni lme2 !) hehe.


Ok meet my friends ! ini echa dan lan ;) diorank nie roomate aq kt ofis. Mereka  nie gle2 dan act mmg gle. Hahaha jhatnye aq :p diorank b'dua nie slalu wt aq nk gelak , echa pngil lan " GEGAT" n lan plak pngil echa "TIKUS" . Lucu btol mereka nie ^_^  kalo diorank xda , aq r yg bosan.
Opss ! lupe plak nk gtaw , aq t'campak kt cni coang2 tnpa kwn2 sekolej. Kt cnilah aq jmpe kwn2 bru , diorank sume baik sngt ;) ada Echa, Timah, Izai, Fisa, Dayah, Imah, Arna, Rini, Ieka, Ain dan lain2.
Masa last day aq kt cni , ktorg wt rombongan g KFC rmai2. ;) waaaa~ sgt best !
  I likelikelikelike =D
Ok jom usha gamba kmi bersama ^_^






TQ ye kwn2 utk kad yg cntik dan hadiah tu sume;) i love it ! , hope hubungan kte sume akan b'kekalan smpai ble2. Cdey lorh nk b'pisah dgn korank :(
Sy cyg kmu semua ^_^

Sunday, April 3, 2011

ABOUT NURFADHILAH !


Nurfadhilah Binti Md Salleh
Fadhilah for short.
21.
www.miamiawbby@yahoo.com.
22th September 1990.
Johor Bahru.
Family is my everything. 
Stubborn.
Sympathetic.
Forgiving.
Imaginative.
Talkactive.
MY EDUCATION

Tadika Taski Al-Fiqrah JB.
Sk Seri Perling (2) Johor Bahru.
Smk Seri Perling Johor Bahru.
Smk Teknik Batu Pahat Johor.
Pursuing my diploma in Cybernetics College, Cheras

I LOVE ;)

Friends.
LOVE.
Shopping.
Fashion.
Shawls.
Photography.
Blogging.
Music.
Fashion magazines.
Rainbow & Butterfly.
Art & Design.
Poems.
Beautiful & Cute stuff.
I Enjoy Being A Girl. 
MY LOVE STORY
he's the one whose "grab" my heart,
coz of him i forced to stand with:
sleep unsoundly,
eat uncomfortable,
bathe not wet!
mmm,soo I think just only one opportunity that I have
to rid him off of me!!
THE ANSWER: soo with noo doubt,i give my heart to mr.F...
i said like this: nahh,aku bg haty aku kt ko,
soo jage baik2 ,don't break my heart !

hahahahaha,I LOVE U SAYANG!

only him, Mohamad Faizal