'

PENGIKUT TERBAIK !

Thursday, December 31, 2009

tahun baru dan kesunyian


Tahun baru akan menjelang beberapa minit lagi. Di saat macam ni aku mula berfikir tentang hari-hari lepas yang telah aku lalui. Kesedihan, kegembiraan, kesunyian dan segala jenis perasaan telah aku rasai. Tahun 2009 terlalu banyak kesedihan telah aku tangisi, dan aku selalu berharap tahun-tahun yang mendatang akan membawa kegembiraan untuk aku. Dan kadangkala tanpa kita sedari, umur kita semakin meningkat dan terus meningkat. "aku dah tua sekarang" kata-kata tu bermain di fikiran aku, azam tahun lepas ku banyak lagi yang belum tertunai. Bila agaknya akan tercapai ye, aku pun tak tahu. Dan saat nie aku terasa agak kesorangan, mungkin waktu macam nie korunk semua tengah berbahagia. Ermmm..menjelang  tahun baru ku masih berseorangan dan akan terus berseorangan. Untuk korank semua, happy new years k. Hope korunk semua akan terus berblog n mencurah perasaan macam aku. HEHEHE


Friday, December 25, 2009

SEX??



Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya, "Daddy.daddy.... sex tu apa, daddy ....?" terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden. Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan. Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

"Eh kenapa ni?" Si ayah bertanya kehairanan.

Si anak masih juga menangis. "Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!".

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.





perbezaan otak lelaki dan wanita.


PERBEZAAN OTAK LELAKI NGAN OTAK PEREMPUAN


Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama. Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri. Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



dah selesai?
OK? berapa banyak? tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!). Baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula. Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini,
otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF". Keajaiban kejadian atau silap mata? Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN. Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini.."


Thursday, December 24, 2009

HABIS MADU SEPAH DIBUANG???

Aku ada satu kemuskilan yang dari dulu hingga kini ada dalam kepala ku. Aku suka melihat persekitaran yang aku lalui hari-hari, dan aku menemui satu persoalan yang aku sendiri tak dapat jawapan. Persoalannya ialah kenapa selepas kahwin, lelaki tak seromantik macam masa mereka bercinta muda-muda dulu?? ermmmm ada jawapan ke??. Aku xjumpa jawapan tu lagi dan aku memerlukan pendapat korunk semua. Kalau korank semua perasan, pasangan-pasangan yang telah berkahwin ada ke pegang-pegang tangan lagi masa jalan dan apa-apalah yang diorang buat masa bercinta dulu. Kalau ada pun juz 10% daripada 100%. Kenapa ye?? Aku selalu melihat situasi dimana suami selalu berjalan dekat depan tinggalkan isteri diorang dengan anak-anak dekat belakang, marah isteri depan orang ramai. Cubalah ada timbang rasa sikit, wahai kaum lelaki lepas kahwin korank semua macam tue ke?? .Sampai satu masa aku fikir, kaum lelaki nie teruk. Bak kata pepatah habis madu sepah dibuang..

KAUM LELAKI TOLONG BAGI PENJELASAN...

Monday, December 21, 2009

KORANK PAHAM TAK??

Selamat petang kawan-kawanku, hari nie tak ada sebarang topik yang akan dibahankan. Hari nie hari yang agak gembira dan penat untuk ku. Hari nie aku dah mula semesta baru, sem 4. Dah lama aku dekat kolej nie rupanya, hehehe. Perkara yang buat aku gembira ialah sem nie aku tak kena CF dan lagi satu, results sem lepas dah keluar. Disebabkan aku tak kena CF jadi aku xpayahlah beratur panjang-panjang sampai bepeluh ketiak semata-mata untuk satu tandatangan. Results sem lepas dah keluar, aku dapat pointer 3.7 je. Ermmmm, pointer aku turun 0.1 daripada sem sebelumnya. Sedih sikit r, hari nie tue je aktiviti aku dekat kolej. Esok aku nak pergi daftar kelab dan ambik kad matrik pula. Lepas siap aktiviti dekat kolej, aku pegi angkat sisa-sisa barangku yang tertinggal dekat rumah lama. Nasib baik pakwe aku ada, kalau tidak....lemah aku nak pikul bantal dan tilam tue semua. Lastly, semua barangku berjaya diangkat dengan selamat. Terima kasih cayangku!!!.hehehe. Kawan-kawanku, aku nak tanya kalau kita nak buat sesuatu,siapa yang perlu didahulukan. Diri sendiri atau orang lain?? dan perlukah kita bertimbang rasa dengan orang kalau mereka tak bertimbang rasa dengan kita??. Aku teramat sangat tak paham dengan diorang.

Sunday, December 20, 2009

WANITA DAN SOALAN BERLAPIK

Sebilangan kaum wanita gemar berkias-kias, jadi sebagai kaum lelaki yang kononnya memahami. Anda semua perlulah mengetahui maksud-maksud yang tersirat di sebalik kata-kata mereka.Antaranya:

  • Kalau perempuan tanya: lawa ke perempuan tue?? maksud yang tersirat ialah siapa yang lagi lawa, saya ke budak perempuan tue??
  • Kalau perempuan kata: lawa-lawa la baju dekat sini. Maksud yang tersirat ialah belikanlah untuk saya.
  • Kalau perempuan kata: Pening lah kepala saya. Maksudnya yang tersirat ialah ia mintak anda yang gentlement nie tolong picitkan kepala. Ianya juga membawa maksud mereka nak test tahap keperihatinan anda sebagai kaum lelaki.
  • Kalau perempuan kata: kita lebih sesuai berkawan sahaja. Maksud yang tersirat ialah saya tak nak dekat awak, harap maklum la ye.
  • Kalau perempuan kata: saya suka kawan dengan awak, awak nie baik, memahami n bla bla bla. Maksud yang tersirat ialah saya rasa macam minat sangat dengan awak. Rasa macam nak jadi awek awak je.
  • Kalau perempuan tanya: awak masih teringat lagi ke dekat awek lama awak?? maksud yang tersirat ialah awak sebut ya bermaksud awak memang carik pasal dengan saya.
  • Kalau perempuan berkata: saya tak kisah awak nak kahwin lagi satu. Maksud yang tersirat ialah siapa cakap aku tak kisah?? langkah mayat aku dulu kalau nak kahwin lagi satu.
Semua ini hanya tafsiran semata-mata, jangan terlalu mempercayainya. Ianya hanyalah untuk suka-suka.

Saturday, December 19, 2009

COVER MALU??



Adakah anda semua pernah menghadapi situasi yang memalukan??, dibawah ini telah saya sertakan tip-tip menarik untuk anda semua cover kemaluan sekiranya menghadapi situasi memalukan seperti berikut:

  1. Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur sehingga mengeluarkan sejenis cecair yang dipanggil "air liur basi" . Bangunlah dalam keadaan  separuh sedar dan buatlah macam anda terkena sawan sambil keluarkan air liur. Mesti kawan anda panik dan berhenti ketawa. 
  2. Kalau anda silap tegur orang. Teruskan berbual dengannya seakan-akan anda mengenalinya dan baginya duit. Apa tujuannya?? katakan padanya yang kononnya anda ingin membayar hutang lama. Mesti mereka pun mengaku anda kawannya..
  3. Jika anda ditegur kerana terlupa zip seluar. Katakan pada mereka yang ia merupakan fesyen terbaru sambil berfalsafah "biar rosak zip, jangan rosak akhlak"
  4. Kalau anda tersilap masuk tandas, tidak kira bagi perempuan atau lelaki. Buatlah wajah yang gelabah atau panic sambil berlakon kononya anda sedang mencari isteri, suami, awek atau pakwe anda yang dari sejam tadi tak keluar-keluar.
Selamat mencuba..
hehehe :)
                                                                                                                                         

Tuesday, December 15, 2009

LIRIK KU KATAKAN DENGAN INDAH


Ku katakan indah dengan terbuka hatiku hampa
Sepertinya luka menghampirinya
Kau beri rasa yang berbeda mungkin ku salah...
Mengartikannya yang ku rasa cinta

Tetapi hatiku selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu, selalu meninggikanmu

Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku, kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

Membuatku terjatuh dan terjatuh lagi
Membuatku merasakan yang t'lah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri

Membuatku terjatuh dan terjatuh lagi
Membuatku merasakan yang t'lah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri

Kau hancurkan hatiku tak tertahan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku, kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu


Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Oooo...ooo...ooo...ooo...melihatmu

Monday, December 14, 2009

ku bosan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 
Guys..aq bosan.Ape aq nk wt??
cm nk nangis je..huhu,,
alone without someone
alone without laught
alone without love

Im addicted person!!!!!!!

Holaa kwn2ku..korank nk taw x aq addict dgn ape skrg?? aq tgh addicted dgn facebook. Dgn game2 kt dlm 2..pd owg yg blum try lgi mmg r ckp bnde tue sume mrepek r, xbest r. Mcm aq dlu..lpas try stu game trus try game2 yg len. Best cngt..spnjang cuti sem nie aq asyik mengadap bnde nie je..bngun tdo je trus bkak FB. Truknye aq nie..kdg2 smpai aq rse game 2 lgi penting dari yg len. Aq men bnyk game dlm FB cntohnye pet society, farm ville, fish ville, fish world, cafe world  n ape entah lgi.huhuhu..Meh tgok pic kt bwah nie,sori r eh banyak comot lorh..

nie farm qu..aq bru je mnanam biji benih lorh



 nie plak pic kucingku tgh mndi. Nme ia miamiawbby.


nie tank aq kt dlm happy aquarium

Kesimpulan yg nk d'smpaikan ialah, hehehe mcm nk wt krangan r plak. Meh r kte rmai2 men game kt FB. Djmin sronok..

Sunday, December 13, 2009

NO REASON FOR IT..


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka :

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Saturday, December 12, 2009

love drug





Aq nk wt bnde nie utk cyunk ku, blum wt lgi r tpi dah rancang nk wt. Apa yg d'prlukan ialah 101 sebab nape korunk cyunk banget dgn ea. Kalo xnk wt psal tu pn xpe,ikut ske korunk r nk wt psal ape..

Macam mana nak buat??
1. Taip 101 alasan dalam Words
2. Print out dalam 5 helai kertas yang berbeza warna (ikut suka, kalau nak lebih pun boleh)
3. Beli softgel capsules (50pcs dlm RM2.50) dekat mana-mana farmasi
4. Gunting alasan-alasan tu lepas tu gulung comel-comel
5. Masukkan dalam capsules
6. Cari botol kaca (botol mayonis paling okey)
7. Design cover luar (rujuk botol ubat)
8. Tampal cover depan botol kaca tu
9. Masukkan semua capsules tadi

p/s~baek2 ye..tkut cyunk2 kalian ingt bnde nie ubt n mkn.huhuhu

Friday, December 11, 2009

RAHSIA PERSONALITI MENGIKUT BULAN KELAHIRAN ISLAM



Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki
.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
 

Thursday, December 10, 2009

ermmmm thanks 4 coming..





 hye guys..sori eh kalo blog nie kosong.coz lia bru je wt bnde nie.kalo ada sape2 yg bleh bgi advice cm mane nk wt dgn blog nie amatlah dialukan.hehehehe..tgok r eh mane yg patut..jgn tgk je taw,cment skali..next time lia update bnde lain..

tataaaa..

Tuesday, December 8, 2009




5 SEBAB SI DIA TIDAK DIPANGGIL CEMBURU BUTA.


Tahukah kamu cemburu itu perlu dalam percintaan?? tapi bukanlah cemburu buta yang tidak berasas. Disini dinyatakan 5 keadaan dimana si dia bukanlah seorang yang cemburu buta jika:
  • Walaupun dia cemburu, tetapi dia tetap percayakan kamu untuk keluar bersama kawan-kawanmu.Takanlah nak berkepit 24 jam.
  •  Dia tidak mudah cemburu apabila kamu tiba-tiba mendapat panggilan dari teman lelaki atau perempuan yang tidak dikenali.
  • Sanggup menerima penjelasan kamu apabila gosip kononnya kamu berskandal dengan orang lain sedang tersebar.
  • Hanya tersenyum andai ada yang memuji kecantikan atau kekacakan kamu dihadapannya .Yang penting kamu miliknya.
Kesimpulannya, cemburu itu perlu dalam sesuatu perhubungan. Bak kata orang cemburu itu tandanya sayang, namun cemburu yang keterlaluan hanya akan merosakkan hubungan anda dengan si dia. Ingat taw!!!!




Monday, December 7, 2009



APA ITU CINTA??



Ramai yang tahu tentang cinta, menyebut perkataan cinta, dan ramai juga yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa maksud cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
  • Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah erti sebenar cinta.
  • Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Semua manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, cinta kepada tuhan, cinta kepada kekasih dan sebagainya. Wujudnya cinta tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dengan naluri dan gerak hati.

  • Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu mengharapkan kepada penghujungnya iaitu perkahwinan. Kebanyakkan insan bercinta mengharapkan agar mereka menemui pasangan yang mempunyai persamaan samada dari segi tingkah laku, minat dan sebagainya.Ianya agar hubungan yang terjalin akan lebih bahagia.

  • Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

  • Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya, sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya tanpa perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca buku ilmiyah atau novel cinta.

  • Cinta Itu Hidup
Cinta itu ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu akan hidup shingga sampai ke satu ketika dimana ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
  • Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang dinyatakan oleh kebanyakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta dan sucinya cinta membawa maksud ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
  • Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah tetapi juga mempersonakan. Ini bukan kerana cinta itu bersifat nakal tapi kerana ia suci dan bersih. Contohnya seperti anda melihat anak kecil yang comel dan bersih. Dia tersenyum pada anda lalu merapati anda, anda terpesona kepadanya bukan saja kerana ianya comel, tapi juga kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya menyebabkan manusia berbuat silap apabila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
  • Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti?? Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah dengan mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang diingini oleh kekasih. Mereka percaya, jika itu tidak berlaku maka cinta tersebut tidak tinggi nilainya. Sebenarnya, anggapan itu tidak tepat sama sekali. Jika anda memberi kan segala yang diingininya,apakah yang akan tinggal pada anda? Benarkah dengan melakukan pengorbanan sedemikian sang kekasih akan menghargai anda??

Seorang lelaki yang cintakan kekasihnya dengan setulus hati tidak akan memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintainya itu. Malah ia akan menjaga kekasihnya itu agar tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


chentaquyasridz,
07 Disember 09