'

PENGIKUT TERBAIK !

Sunday, December 2, 2012

PENGORBANAN


aku rasa aku telah lakukan satu pengorbanan yang sangat besar dalam hidup aku
iaitu melepaskan orang yang aku benar-benar sangat sayang
sayang itu hanya tuhan yang tahu
hanya tuhan yang tahu bisik hatiku tika ini

mungkin terlalu banyak kesilapan aku pada dia
mungkin betapa hina aku dimata dia
mungkin kata-kata dan perlakuan yang aku lakukan  padanya hanya biasa
dan mungkin siapa aku sebenarnya?



*   untuk kau encik senget, tolong jangan hilang dari pandangan mata ini. aku bisa rapuh jatuh dan tersungkur  kembali sekali lagi. aku mengaku, aku takut kalau kau hilang dalam hidup aku.

Thursday, November 8, 2012



kami bukan sang boyfriend dan girlfriend
kami juga bukan sepasang teman biasa

Wednesday, September 26, 2012

saya sayang mereka semua. .


jejaka hangat hangit DAISO, hehe. mereka sangat bertanggungjawab menjaga kami.
AKIP, BIBIK, WAN dan BEE,
bersama mereka kami gembira.



teman dan adik yang terbaik.
FARINA NATASYA
tiada rahsia antara kami berdua,
itu janji kami. .

 

Monday, August 13, 2012

KEEP CALM & . . .

Assalamualaikum dan salam ramadhan. . 

Beberapa hari yang lepas, hidup aku agak kemurungan. Maaf untuk orang disekeliling aku kerana menyusahkan korang semua. .bukan itu kehendak aku. Baru semalam berlalu, si uncle dongkey  (nama gelaran untuk si dia yang aku rapat) menulis sesuatu yang buatkan aku tersenyum sendiri. Dia sahabat yang sangat aku sayangi, terima kasih awak :)



FADHILAH   :)


Be strong
dont be plastic with me. .
we always with you especially me :)
dont feel that you always alone
take care of your self
smile always coz your smile is a reason for me to . . .












Friday, August 3, 2012



malam ini biar aku bercumbu dengan perasaan rindu. .

* selamat malam cinta hati

Wednesday, August 1, 2012




*    saya akui kebenarannya

Saturday, July 28, 2012

Indah VS tidak indah


sesuatu perkara paling indah ialah apabila kita bercinta dengan kawan baik kita sendiri , tapi ia boleh jadi perkara yang paling menyedihkan apabila kita akan kehilangan kawan baik dan teman istimewa kita sendiri sekiranya kita putus dengannya.

Thursday, June 28, 2012

BILA KEGILAAN MELANDA

bila kegilaan melanda staff DAISO , beginilah jadinya . hehe , dah tua tapi perangai still macam budak-budak . tak boleh nak buat ape . . nielah yang dipanggil penghilang stress  =)

  

* saya sayang DAISO JBJ

Monday, May 21, 2012


aku  sepi, kau tak tahu. aku rindu juga kau tak tahu. .aku masih mencari apa yang kau tahu tentang aku. tekadang air mata aku menitis kecewa, kau masih belum faham kata hati aku. maaf. .aku tak patut salahkan kau. cuma mahu kau tahu, aku masih manusia biasa. mengerti apa itu sepi, rindu dan kecewa.

Thursday, April 5, 2012

kenangan indah


"tak salah simpan kenangan lama" ayat tu akan aku ingat sampai bila-bila. hidup bersandar kenangan itu mungkin lebih membahagiakan anda.

Wednesday, February 1, 2012

BIARKAN SAJA


Biar mana aku terjatuh,
Biar mana aku tersungkur,
Biar mana aku sakit,
Biar mana aku derita,
Biar mana aku menangis,
Biar mana aku tersedu,
Biar mana aku yang perlu merasakan semuanya,
Biarkan saja,
Karna aku percaya karma itu ada dimana-mana . .

* aku redha dengan ketentuanmu Ya Allah

PERGINYA SANG PENGHUNI

awak. .
sekali lagi saya nak kisahkan tentang kita
mungkin ini buat yang terakhir kalinya
hari bukan lagi seperti hari-hari yang lepas
hari ini ialah hari yang nyata
hari yang gelap, mendung dan bagaikan tidak bernyawa untuk saya

sebenarnya hari yang lepas itu
saya bukan nak tunjukkan kebencian saya pada awak
cuma saya nak ceritakan situasi kita saat ini
saya sayang awak sebenarnya

kita sekarang dah berbedakan wak??
tak seperti punya hari-hari yang lepas
punya bahagia ,punya sayang dan punya cinta
kini itu semua sudah tiada
tiada hari-hari seperti itu lagi

semua manusia disekeliling saya
memikirkan yang kita bahagia
ya, saya bahagia dengan diri awak
sentiasa mengharap yang terbaik

awak, awak ingat lagi tak
saya pernah cakap yang saya tak nak tengok orang yang saya sayang
sedih disisi saya
kini saya relakan. .

kini, tarikh 1 februari 2012
saya lepaskan awak pergi
melepaskan orang yang saya sayang untuk dia bahagia
sesuatu yang saya tak jangka sama sekali

saya nak nangis dan saya nak menjerit sekuatnya
saya juga seperti mahu lari
lari dari semua kepedihan ini
tapi saya dikelilingi manusia yang ramai
saya kaku sebentar

bila manusia seorang demi seorang tanya kenapa
saya diamkan saja
sekadar tersenyum
tapi anak mata ini tak dapat tipukan??
ianya menjadi bergenang

awak, saya lepaskan awak
awak pergilah cari kebahagiaan
saya tak mampu memberinya

biarkan saya disini
saya masih ada hati dan perasaan yang kuat untuk menempuhi semua ini
biarkan saja saya sebegini
tanpa ada awak lagi
pergilah wak
pergi. .

air mata ini seperti tidak mahu keluar lagi
sudah kering mungkin
sudahlah, saya tidak akan ada dalam hidup awak lagi
dan awak tiada lagi diri saya yang dulu
biarkan hari-hari yang berlalu itu pergi
pergi dengan kenangan yang sukar dilupakan

sekali lagi saya ucapkan terima kasih
dengan apa yang telah kita lalui
sungguh ikhlas, sungguh tiada dendam dari saya
dan saya biarkannya pergi

biarpun hati ini punya sayang sangat-sangat pada awak
takkan mungkin kita bertaut kembali
tamat antara kita
tiada detik seperti lepas
terima kasih awak
terima kasih sekali lagi


*  kasih dan sayang saya tak pernah berniat menduakan awak,maaf atas semua kesilapan saya. moga awak bertemu insan yang dapat membahagiakan awak sebaiknya.









LEMAH AKU AKHIRNYA



bila saya sendirian malam ini
membuatkan saya rindu saat-saat malam yang lalu
seperti apa yang saya katakan
sejauh mana pun saya berlari
tak mungkin saya boleh pergi jauh yang saya sangka

saya cuba membuatkan diri ini lupa segalanya
saya juga cuba membuat diri ini kelihatan ego
dan saya cuba berpura-pura yang saya tenang sekarang
tapi segalanya dusta belaka

bila jatuh air mata
barulah saya sedar yang saya ini lemah
yang saya sememangnya tak mampu membohongi diri sendiri
tika itu barulah rasa pedih
gelodak di hati menjadi-jadi




*  aku tak sekuat yang disangka

Friday, January 27, 2012

PEMIKIRANKU


aku tak boleh tipu, aku tak mampu untuk pura-pura ketawa, senyum dah kelihatan gembira, setiap kali aku fikir apa yang terjadi pada diri ini. . setiap kali itu aku rasa sakit. maafkan aku kerna tak mampu mengubahnya, kudrat ini telah habis kernanya. ku telah pasrah. .lakukan saja sesuka hatimu.

*  ku relakan hati ini untuk dicaci, maaf sekali lagi wahai manusia

Friday, January 13, 2012

SUMPAH! AKU RINDU KAU

aku rindu kau yang dulu, yang selalu memahami aku. :(