'

PENGIKUT TERBAIK !

Tuesday, November 23, 2010

RAHSIA TAHI LALAT


Tahi lalat tu orang ckp bnyk makna, tapi tak payah r pecaya sratus peratus ye kawan-kawan. Dekat bawah nie aku ada bagi sikit makna-makna disebalik tahi lalat korank.

 
TANDA FIRASAT TAHI LALAT
  Bibir atas kanan   Banyak rezeki, pandai
  Bibir atas kiri   Ramai kawan, baik hati
  Bibir bawah kanan   Disegani orang, ramai yang suka
  Bibir bawah kiri   Pandai bicara, tak mudah kalah
  Leher kanan   Cerdas, jujur, berani menderita
  Leher kiri   Cerdas dalam segala hal dan        
  banyak pengetahuan.
  Leher di tengah   Tercapai cita-cita
  Biji mata kanan   Suka serong dan pembohong
  Biji mata kiri   Pembohong tetapi baik hati
  Hujung mata kanan   Baik hati, sopan santun, cerdas
  Hujung mata kir   Baik budi, murah rezeki
  Punggung kanan   Agak mengalami kesulitan
  Punggung kiri   Malas dan suka duduk
  Betis kanan   Suka berhibur, boros
  Betis kiri   Rajin, tidak suka menganggur
  Lutut kanan   Bersikap tidak peduli
  Lutut kiri   Kurang kuat berusaha
  Kepala sebelah kanan   Terkabul cita-cita
  Kepala sebelah kiri   Sering menemui kesusahan
  Kepala sebelah belakang   Jujur, sabar dan tekun
  Kening kanan   Cerdas dan cekap
  Kening kiri   Cerdas dan sopan santun
  Tengah kening   Keras hati dan berani segala hal
  Hujung mulut kanan   Kecil rezeki, tak mudah kalah
  Hujung mulut kiri   Suka berpoya-poya
  Ketiak kanan   Dapat menyimpan rahsia
  Ketiak kiri   Jujur, banyak yang cinta
  Pergelangan kaki kanan   Suka keluar rumah
  Pergelangan kaki kiri   Kehendak kuat
  Batang hidung   Banyak dicintai orang dan dapat
  menjadi kaya
  Pada hidung   Banyak rezeki
  Dagu bawah kanan   Jujur dan baik hati
  Dagu bawah kiri   Bijaksana, dan berbudi luhur
  Kemaluan kanan atau kiri   Baik, suka senggama
  Di kepala kemaluan (lelaki)   Bakal beristeri dua
  Tumit kanan   Jujur dan banyak kawan
  Tumit kiri   Baik budi
  Alis kanan   Suka menolong dan baik hati
  Alis kiri   Ramai yang suka
  Pangkal peha kanan   Kemahuan kuat
  Pangkal peha kiri   Suka kerja apa pun
  Telapak kaki kanan   Tak mudah mengeluh
  Jari kaki kanan   Suka menolong
  Jari kaki kiri   Berbudi, suka berbuat baik
  Bahu kanan   Cermat dalam membuat keputusan
  Bahu kiri   Suka kerja keras
  Buah dada kanan   Baik hati, pendiam, simpan rahsia
  Buah dada kiri   Ramai kawan, setia pada pasangan
  Lengan kanan   Setia dan taat pada atasan
  Lengan kiri   Menepati janji dan rajin
  Pipi kanan   Ramai teman
  Tengah-tengah pipi kanan   Ramai yang suka
  Tengah-tengah pipi kri   Ramai teman
  Ubun-ubun   Kurang jujur
  Pusat   Cerdas, tangkas, tekun
  Pusat bahagian kanan   Sejahtera dalam hidup
  Pusat bahagian kiri   Beroleh kemuliaan
  Pinggang kanan   Sayang pada pasangan hidup
  Pinggang kiri   Disayang pasangan hidup
  Dada kanan   Dapat mengatasi masalah
  Dada kiri   Berani, jujur dan sabar
  Telapak kaki kanan   Tidak mudah mengeluh
  Telapak kaki kiri   Baik budi pekertinya
  Siku tangan kanan   Kuat ingin memiliki kejayaan
  Siku tangan kiri   Baik hati, suka menolong
  Jari tangan kanan   Serba beroleh keuntungan
  Jari tangan kiri   Serba baik bekerja
  Jari telapak tangan kanan   Banyak rezeki tetapi boros
  Jari telapak tangan kiri   Banyak rezeki dan cermat
  Pergelangan tangan kanan   Boros, suka bersukaria
  Pergelangan tangan kiri   Dapat berpangkat
  Perut bawah kanan   Banyak rezeki, suka memberi maaf
  Perut bawah kiri   Baik hati, tenang hidupnya
  Sudut mata kanan dalam   Disayang suami atau isteri
  Sudut mata kiri dalam   Tidak mudah dilupakan pasangan
  Sudut mata kanan luar   Baik budi, ramai yang cinta
  Pelipis kiri   Murah rezeki, dapat jadi kaya
  Pelipis kanan   Serba berhasil dalam usaha
  Kelopak mata kanan atas   Baik hati, ramah, berjaya
  Kelopak mata kiri atas   Baik budi, ramai yang suka
  Kelopak mata kanan bawah   Agak malas
  Kelopak mata kiri bawah   Agak bodoh, kurang bijaksana

jika aku jatuh cinta


 Ini bukanlah sebuah puisi tapi sebuah doa yang boleh kita amalkan supaya kita akan jatuh cinta pada seseorang bukan kerana dirinya tetapi keranaNya..


Bismillahirrahmanirrahim…


Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…


Amin ya rabbal alamin…

Saturday, September 4, 2010

m e r d e k a !!!

Hari ni aku dah habis exam, bahagianya. MERDEKA!!! Tenang kepala otak aku. .hehehe. 6hb nanti aku nak balik kampung, JB mari. Ada sape-sape nak ikut tak?? Selamat hari raya, maaf zahir batin kawan-kawan. Tak nak bagi duit raya ke dkat aku?? hehehe. Moga raya tahun ni lebih gembira dari sebelum ni. Lemang, dodol, almond london, kuah kacang, rendang wait for me. c:  miss my family and "boncit" a lot.




Friday, September 3, 2010

bertudung tapi. . .

Selamat petang + selamat menyambut hari raya yang tak lama lagi nak datang.
Dah lama aku tak update blog ni, sori coz sekarang aku sibuk giler dengan exam.
Tadi masa aku on9 fb, aku ada tertengok satu gambar. .Tajuk dia bertudung tapi. . .Ish,  aku tak sangka macam ni sekali. aku terasa macam nak share dengan korank gambar ni, tengok and jadikan teladan.
Jangan buat benda yang sama taw. .malu sangat aku tengok sebagai perempuan.




Sunday, August 1, 2010

macam mane eh??



Ada tak sape2 yang boleh tolong aku, aku nak tukar template nie tpi dah lupe macam mana. dari hari tu aku try tapi tak boleh jugak. tolong...

Sunday, April 4, 2010

BIKIN PANAS JE!!!!!


 Aku masih pusing memikirkan kejadian ari tu. Korank nak tahu tak apa yang jadi?? ermmm dijadikan cerita aku dengan my kawan baik jalan pimpin tangan masa habis kelas sambil begelak-gelak mengutuk orang. Aku pun tak tahu mana punye sempit otak diorank, lepas aku dengan my kawan baik bepisah coz kitorank nak balik umah masing-masing. Adalah satu hamba Allah nie tegur aku, bukan orang lain pun. Budak kelas aku jugak, dia tanya kenapa we'll tadi jalan pimpin tangan. Lepas tu dengan tak ada otaknya dia cakap kitorank lesbian. Ada masuk akal tak?? kalau tanya aku, aku akan cakap tak masuk akal. Kalau macam tu kenapa tak cakap perempuan yang cium pipi tu les, kenapa bukan perempuan yang bepeluk tu cakap les.bikin panas je hati..huhu.Lantak diorank r apa nak cakap, kita je tahu siapa diri kita.weeeeeeeeeeeeeee~

Wednesday, March 24, 2010

BILA DAH SAYANG

Bila kita syg org tu
Kita tunggu dia lama pun x pe
Tapi bila dia tnggu kita??? dia mrh2
Hati kata ala, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu

Bila kita syg org tu
Kita  x tido pun xpe layan dia yang tengah bosan,
Tapi bila kita bosan, Ada dia layan??
Hati kata xpe dia busy kott

Bila kita syg org tu
Kita gadoh dengan dia, kita diam je
Tp dia heboh 1 dunia
Hati kata xpe, dia tension tuu

Bila kita syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tapi dia bagi phone kat org lain atau matikan
Bila jadi macam tu, xpe
Hati kata, xpe, layan je, kawan dia, kwn kita gak

Bila kita syg org tu
Kita bercerita dgn dia,tapi cerita dengan
tunggul lg baik
Tapi bila dia bercerita dengan kita
Kita dengar, sepatah2 kita kena ingt...kalau x ingat, kita yang kena marah 

Hati kata xpe, sayang katakan? 

Bila kita sayang orang tu
Kita dan dia lapar
Tapi kita bagi semua roti kita dekat dia
Hati kata, ala..jagalah hati dia, kesian dia?

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita
layan dia bila bosan
Adil ke? hati kata, ala..bukan selalu pun..

Bila kita sayang orang tu
kita jadi mcm orang gler bila dengar dia sakit
Tapi bila kita sakit,
Dia siap keluar dengan kwn2 meraikan
hari kesakitan kita,
Hati kata, ala xpe, xkn dia nak
berkepit dengan kita 24 jam..


Bila kita syg org tu
Kita xpernah pentingkan diri sndri
Tapi dia hipokrit tahap gaban
Hati kata xpe, dia memang macam tu kenalah terima.. 


Bila kita syg org tu
Kita syg nk tinggalkan dia selama2nya
Tapi dia xtahu kita berdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit,dia kata dekat kita,sakit
biasa2 je, jangan nak mengarut
Hati kata, macam manalah dia bila kita xde,
mesti dia hepi..

Bila kita syg org tu
Kita xsanggup tengok dia derita
Tapi dia xpernah hargai diri kita,
Hati kata, tahu x betapa kita syg kan dia????

Bila kita syg org tu
Kita sanggup tinggalkan dia selama2nya untuk dia bahagia
hati kata, xpe, janji dia bahagi


 Dan??
Bila kita dah tinggalkan dia selama2nya
Dia datang ziarah pusara kita
Dia kata dia mintak maaf sebab pernah mengata kita
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tunggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukan kol kita
Dia mintak maaf sebab pernah x dengar luahan hati kita
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia
Dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan sakit kita
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri
 

Dia mintak maaf sebab x pernah tengok penderitaan kita


Saturday, March 13, 2010

KEBURUKAN AIR COCA-COLA@COKE

 " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

p/s : lepas nie aku x nak dah minum coke.



Saturday, February 20, 2010

WISH UNTUK TERSAYANG..


Hari ni aku terasa macam nak buat satu ruangan untuk korank semua memuji orang-orang yang korank sayang. Tak kisahlah siapa pun dia, keluarga, kawan, pakwe, makwe, tunang, suami ke isteri ke siapa-siapalah. Sebutkanlah kebaikan diorang walaupun sikit pun, tak salah memuji sekali sekala. Tulis pujian korank dekat sini tanpa segan silu, nak tulis nama full korank dan orang yang korank sayang pun tak apa. Kenapa tetiba aku buat post ni, semuanya kerana aku terfikir walaupun orang yang kita sayang tu kadangkala buat kita angin, tak ada mood, tapi mesti terselit walau sikit kebaikan diorang yang buat kita sayang dekat diorank. Jadi janganlah malu dan segan, luahkanlah isi hati anda.

Saturday, February 13, 2010

NO REASON FOR IT..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

kenapa wanita kecil hati??

 

1. Bila kekasih bagitahu ada gadis lain suka atau minat dirinya. Awas, walaupun niat tu suci ikhlas bercerita. Ia pasti mengundang rasa cemburu.

2. Bila kekasih melayan orang lain secara lebih-lebih terutamanya wanita. Contohnya, bila orang lain ajak ikut je tapi bila awek sendiri ajak banyak alasan.

3. Bila bertemu rakan kekasih sendiri tak nak diperkenalkan.Tak cukup itu, kita pulak disisihkan dan mereka rancak berbual macam kita tak wujud.

4. Gadis mesti rasa cemburu bila kekasih jawab telefon jauh-jauh.Apa motifnya tu?? takau kita tahu apa dia cakapkan.

5. Terlalu memuji kelebihan yang ada pada perempuan lain. Boleh dikatakan semua hebat dimatanya. Hai, patutlah awek sendiri cemburu.

Friday, February 12, 2010

10 TANDA HUBUNGAN KAMU DAN SI DIA DIANCAM PERANG DUNIA


Cinta tak selalunya indah dan manis. Walaupun ia tenang diluar namun tak bemakna ia tenang juga di dalam. Ada beberapa petanda atau isyarat awal yang akan membantu kamu untuk mengesan perang dunia ini sebelum ia meletup.

1.Si dia sering mengawal pegerakanmu sedangkan kamu tidak boleh mengetahui aktiviti luarnya.

2. Kamu dan si dia sering bertikam lidah walaupun tentang benda yang remeh temeh.

3. Kamu sudah mula jemu dengannya sedangkan dahulu dialah pujaan hatimu.

4. Si dia mula berkira tentang pebelanjaannya kepada dirimu, malah ia mula mengawal pebelanjaan kamu.

5. Kamu dan si dia mula berahsia tentang semua perkara.

6. Kamu tidak lagi bebas membuat keputusan kerana si dia sentiasa mengawalmu.

7. Si dia sering ambil mudah setiap perkara dan jarang mengambil kisah perasaanmu.

8. Si dia mula berubah sikap dan tidak lagi memanjakan kamu.

9. Si dia mula menyuruh kamu mengutamakannya sehingga mengabaikan teman-teman dan keluarga.

10. Kamu sudah mula berubah pandang dan bercadang untuk mencari kekasih lain.

Thursday, February 11, 2010

TERIMA KASIH AWAK!!


Awak..
hari nie awak nampak serabut
ramai yang kutuk awak
tapi hati saya gak yang memuji
awak hensem hari nie

Awak..
hari nie awak senyum dekat saya
tapi saya buat-buat tak nampak
padahal nak elak dari pengsan

Awak..
hari nie awak masuk kelas saya
tapi saya buat bodoh je
padahal rasa bumi nie dah tak cukup udara

Awak..
hari nie awak nampak hensem
semua orang puji awak
saya puji dalam hati je
padahal saya nak gak puji kuat-kuat


Awak..
hari nie saya senyum dekat awak
tapi awak jalan depan saya
jadi tak bemaknalah senyuman saya tue


Awak..
hari nie saya tegur awak
tapi tegur dalam hati je
jadi awak tak pernah dengar all the gud luck
yang saya wish hari-hari

Awak..
hari nie kita duduk semeja
tapi saya rasa macam jauh giler
padahal tak sampai pun sedepa

Awak..
hari nie awak beratur belakang saya
tapi saya tak tahu nak cakap apa
jadi saya bla macam tu je

Awak..
hari nie dah berubah situasi
tapi saya masih disini
cuma sekarang saya kesorangan tak terisi

Awak..
hari nie saya nampak awak kat McD
tapi awak tak macam dulu lagi
jadi saya pun mendiamkan diri

Awak..
hari nie saya dah janji nak pergi
tapi
kaki tak mahu melangkah lari

Awak..
sekarang saya menyesal ada ego yang tinggi
tapi dah tak ada harapan lagi
jadi nak taknak terpaksa sendiri

Awak..
hari nie hari terakhir nampak awak
tapi awak tak toleh pun dekat sini
awak fokus dekat tv

Awak..
hari nie saya tengok gambar kita senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak dibuang sayang nak disimpan sedih

Awak..
esok antara kita ada "balai berlepas"
ESOK..tiada esok untuk saya
ESOK..tiada esok juga untuk awak

Awak..
semoga satu hari nanti saya akan menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat sakit hati

Awak..
sebelum pergi
hari ini..dekat sini
saya janji
semua ini untuk awak
sebab kenal awak anugerah terindah yang saya miliki
terima kasih awak..

Sunday, January 31, 2010

the mummy datang kembali!!!

 
komen meh gambar nie..

cinta dan kasih sayang bukan untuk diucap semata2

 
Salam kawan-kawanku, camat malam. Aku terasa nak berjiwang malam-malam nie.hehehe..sori ye.Waktu nie aku terfikir apa yang lelaki cari dari seorang perempuan??aku terfikir berapa peratus lelaki yang  boleh dibuat laki dalam dunia nie.Aku selalu dengar orang cakap, kita muda lagi xpayah pikir nie semua. Tapi boleh korank pikir tak??untuk apa korank b'kapel sekarang??Orang yang b'kapel sekarang mesti berharap pasangan mereka nielah yang akan jadi suami atau isteri korank akan datang. Aku selalu berharap orang yang hadir dalam hidup kita tu akan kekal, dan akan selalu bersama kita even susah or senang. Lelaki yang aku idam untuk jadik suami aku akan datang mestilah matang dan ada prinsip hidup.Someone yang sayang aku walau apapun jadi dan mampu hidup dengan aku@tahan dengan kerenah aku.Ustaz aku cakap, kalau kahwin untuk seks semata-mata,ikatan tu tak lama. Jadi marilah kita bersama-sama mematangkan diri dalam menempuh hari-hari mendatang. Persoalannya..MACAM MANA TANDA PASANGAN YANG TAK SETIA??MACAM MANA NAK PANJANGKAN HUBUNGAN??LAYAK KE SAYANG DAN CINTA DIUCAP KALAU TAK DIBUKTIKAN??
jawab jangan tak jawab..

Thursday, January 28, 2010

weee~kem dekat bukit lepor.best!!!

Pic nie dah lama..masa kem tahun lepas. Kitorang pergi bukit lepor, masa mula-mula aku rasa macam tak nak pergi sebab bukan kelab aku yang buat. Aku join aktiviti kelab orang..tulah aku nie suka nyebok.hehehe..TAKUT TAK BOLEH NGAM. Tapi bila aku dah join, best giler. Kawan pun banyak dapat, aku seronok r. Dapat panjat bukit, tu bukanlah hobi aku tapi lebih pada nak cuba. Memang penatlah tapi berbaloi.huhu..kesimpulannya jangan takut nak menyemak aktiviti kelab orang.hehehehe


Sunday, January 17, 2010

putus by melda ahmad

PUTUS

Chorus
Aku duduk sendirian dikamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yg lain,
tergamakmu merobek hatiku.

Tapi setelah kau pegi aku
mendapat lebih baik darimu,
dia hargai aku,
dia sayangi aku
lebih daripadamu,
aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lagi bersamamu,
namun pastinyar nanti kau akan sedari,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku….

apa komen korank pasal lagu nie??


Monday, January 11, 2010

CINTA vs CITA-CITA

Holaa kawan-kawanku, hari nie aku tak taw nak tulis pasal apa. Tengah aku on9 tiba-tiba terlintas tentang sesuatu. Cinta vs cita-cita, yang mana dulu eh?? ermmm kalau tanya aku, aku akan jawab dua-dua. Ini disebabkan kerana aku tak boleh hidup tanpa cinta dan aku juga tak boleh teruskan hidup tanpa cita-cita. Macam mane dengan korank pulak eh??cinta or cita-cita??

Sunday, January 10, 2010

rokok tu macho ke??



Apa pandangan korank pasal mrokok??ada yang cakap macho. Kalau tanya aku,aku akan jawab tak macho langsung. Mulut bau, duit habis, bawa penyakit dan lain-lain lah.Takda yang best pun..apa pula pandangan korank??.

Saturday, January 9, 2010

HARTA PUSAKA VS WASIAT???



Hari ni aku nak share dengan korank sikit ilmu yang aku baru belajar dekat kelas Mawarith tadi petang. Korank semua mesti tahu kalau aku sebut pasal harta pusaka atau harta wasiat kan??.Biasanya kalau kita sebut harta pusaka atau wasiat, majoriti orang akan fikir harta tu semua untuk ahli keluarga si mati. Korank pernah fikir tak yang jiran sebelah rumah atau pembantu rumah korank yang tiada sebarang pertalian pun boleh dapat harta tu gak??. Sebenarnya harta wasiat dengan harta pusaka adalah dua benda yang berbeza. Dekat bawah ni aku jelaskan sedikit prosedur yang perlu dilakukan terhadap harta-harta peninggalan si mati. Setelah seseorang itu mati, sebelum harta-hartanya dibahagikan mengikut sistem faraid(sistem pembahagian harta mengikut cara islam). Beberapa hak perlu ditunaikan mengikut tertib seperti di bawah:

  1. Hak ain harta(berkaitan dengan harta).
Iaitu berkaitan dengan harta-harta yang ditinggalkan si mati. Contoh mudah yang boleh aku bagi ialah si A membeli rumah daripada si B dengan harga RM400 000. Tetapi si A telah meninggal dunia sebelum habis bayar hutang rumahnya. Semasa hidup si A,dia dah bayar sebanyak RM200 000 kepada si B.Jadi tanggungjawab waris si A ialah jika dia nak rumah tu dia kena bayar baki hutang rumah tu sebanyak RM200 000 lagi. Kalau tidak rumah tu akan kembali menjadi milik si B, dan si B pula kena pulangkan semula RM200 000 yang dah dibayar si A semasa hidup dia.
                                                                                                                                                                                
      2. Hak persiapan pengkebumian.

Perbelanjaan yang digunakan untuk membiayai segala persiapan untuk pengkebumian seperti belanja memandikan, menggali kubur, menanamnya dan sebagainya.Hukum buat kenduri adalah tidak disunatkan, dan jika korank ingin juga mengadakan kenduri haram menggunakan harta milik si mati. Ini bermaksud, kalau nak buat kenduri gunalah duit anak-anak si mati,jiran-jiran atau saudara mara.Oleh itu, siapa yang membelanjakan  sesuatu daripada harta peninggalan si mati hendaklah menggantikannya.

      3.Hak hutang piutang.

Setelah menyelesaikan belanja pengebumian, jika ada lebih hartanya, hendaklah diselesaikan pula hutang piutang si mati. Hutang-hutang ni termasuk hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. Dalam mazhab Syafie, hutang dengan Allah hendaklah didahulukan daripada hutang dengan manusia. Hutang-hutang Allah ialah seperti zakat yang belum ditunaikan, nazar,haji serta kafarah. Hutang dengan manusia seperti hutang wang dan sebagainya.

       4.Hak wasiat.

Setelah selesai menyempurnakan hak-hak yang tersebut di atas, barulah kita sempurnakan wasiat si mati. Jika ada lebih hartanya. Pemberian harta wasiat tidak boleh melebihi satu per tiga daripada baki harta tersebut, sekiranya lebih satu per tiga maka tidak sah wasiat itu kecuali diizinkan oleh ahli-ahli warisnya. Wasiat boleh diberikan kepada sesiapa sahaja bergantung kepada wasiat si mati.Tak kisahlah samada si mati wasiatkan  hartanya pada orang yang tiada pertalian darah sekalipun asalkan tidak lebih satu per tiga.

       5.Harta sepencarian.

Seterusnya, jika ada diantara waris-waris yang ingin menuntut harta sepencarian bersama si mati hendaklah mengemukakan tuntutannya ke mahkamah syariah sebelum harta tu difaraidkan. Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan mengikut syarat-syarat ditetapkan syarak.

       6.Hak waris(harta pusaka)

Setelah selesai menyempurnakan hak-hak diatas, maka bolehlah  baki harta tersebut dibahagikan kepada  waris-waris si mati yang berhak mengikut syarat dan tertibnya.


Kesimpulannya,banyak langkah-langkah yang perlu dipatuhi sebelum korank semua fikir nak harta tu. Bila kita dah tahu serba sikit tak lah begaduh adik beradik pasal harta pusaka. Dahulukan mana yang wajib..

Saturday, January 2, 2010

CONTEST BARU PULAK!!




Contest nie sama macam contest-contest yang lain, letak pic hitam putih milik korang sendiri. Bukan cetak rompak taw.Aku letak pic kat bawah nie, tak tahulah lawa ke tidak.Hope ok r ye.Klik link dekat bawah nie kalau korank nak join gak. http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/contest-baru-pulak.html



shhh~jgn kutuk kalau tak lawa

EDIT PHOTO CONTEST



Hari ni aku nak cerita pasal edit photo contest yang d'anjurkan oleh cik ros.Aku terjumpa masa bejalan-jalan dari blog ke blog tadi di  http://ochaz.blogspot.com. Syarat-syaratnya ialah:

  • gambar mestilah gmbar korang..solo atau paling ramai bertiga...(baik solo, kalo rmai nnti menang kena lak share hadiah..=)
  • kreativiti perlulah tulen, asli dn bkn cetak rompak ye...xbaik pirate2 ni..hehe..
  • buat satu entry kat blog korang psl contest ni dn letak la pic yg korang edit kat entry tersebut dn bg link kat komen cik ros..nnti cik ros g terjah ye
  • korang kena letak pic/banner kata atas tu kat side bar korang dan link pada contest ni ek...nnti cik ros nk wat sportcheck sape yg join contest ni...hehe..
  • kalo nk follow..follow lah..kalo xnk pn xpe..bkn pe..sng korang nk update pe2 psl contest ni..hehe
Aku nak letak gambar dekat bawah ni untuk join contest ni. Tapi tak tahulah ok ke tidak, xpelah. Aku letak jelah eh.




Friday, January 1, 2010

Falsafah babi VS lebah




FALSAFAH BABI :
Kita jangan jadi macam babi!
Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman, walaupun di sana ada bunga mekar indah, buah-buahan yg enak2 dan makanan yg baik2,
tapi babi akan tetap mencari najis dan kotoran.
Pengajaran : Jangan kita jadi macam babi, asyik mencari kekotoran dan najis. Kita janganlah suka mencari keburukan dan bercakap tentang keburukan saudara2 kita saja.



FALSAFAH LEBAH :
Kita kena jadi macam lebah!
Sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga, tidak kira bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut. Dan akhirnya manisan  itu akan dikumpul di dalam sarang,
dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit).
Pengajaran : Jadilah seperti lebah. Kita harus mencari kebaikan setiap saudara kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita.