'

PENGIKUT TERBAIK !

Sunday, May 15, 2011

DEAR PENGHUNI . .

DEAR PENGHUNI,

Ada seorang penghuni di hati kecil saya,
Dia telah bertapa tujuh purnama yang lalu,
Dia menghulurkan kasihnya pada saya,
Tapi tika saat itu saya hanya termanggu,
Namun saya sedar saya sudah jatuh hati kepada penghuni itu,


Penghuni itu mengajar saya erti kesabaran,
Penghuni itu mengajar saya erti kegembiraan,
Penghuni itu mengajar saya erti kesetiaan,
Penghuni itu juga mengajar saya erti kerinduan,
Dan penghuni itu telah membuatkan saya tidak menyangka sesuatu tentang dirinya,

DEAR PENGHUNI,

Terima kasih kerana sudi menyewa dan membeli 
hati kecil saya yang tidak seberapa ini,
Tidak ada manusia yang pernah lekang dari kesilapan,
Mohon maaf sering mengguris hati anda,
Menyeksa jiwa anda,

Jangan bilang saya tidak sayang,
Sayang saya hanya saya yang tahu,
Sayang saya hanya untuk awak rasakan,
Sayang saya bukan hanya di bibir tapi juga di hati,
Sayang saya akan sentiasa bertambah seiring waktu,


* sayang saya hanya untuk awak ;)

Monday, May 9, 2011

selamat hari ibu ;)


Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu diluar sana :) wahai anak-anak, hargailah ibu anda selagi mana mereka masih bersama anda. Untuk arwah mama saya (Hindon Bt Hj Nor), TQ kerana melahirkan saya, membesarkan saya, memberi kasih sayang kepada saya, mendidik saya dan segalanya. Tak terucap pengorbanan mama untuk along. Andai kata orang ckp saya pandai hari ini, saya sopan santun hari ini, semuanya kerana mama. Tanpa mama, along takkan jadi macam sekarang. Terima kasih banyak-banyak mama, along sayang sangat mama.

* i love u mama dunia akhirat