'

PENGIKUT TERBAIK !

Saturday, November 19, 2011


Bukan senang kita mahu menjaga akan sesebuah perhubungan tu . dan bukan senang juga untuk kita membina satu hubungan itu dari hari pertama untuk besok , lusa , tulat dan seterusnya untuk hari hari yang akan tiba .

Mengenai kesetiaan antara satu sama lain ? jangan tanya aku , semua manusia mahukan hubungan yang jujur . kalau dibicarakan dari sudut hati aku , keluh sebentar aku untuk memikirkan itu semua . menjadi setia sukar , apatah lagi tidak setia juga . penat .

aku sendiri tidak faham , apa yang manusia mahukan akan dalam kehidupan realiti ini ? kadangkala dengan kejujuran itu menakutkan . terasa takut untuk mendengar sesuatu perkataan yang akan terpancul dari bibir seseorang itu . keluh sekali lagi .


* pasrah

Thursday, November 17, 2011


sudah berapa hari bibir aku ini tak mengucapkan yang aku rindu akan kau,kecuali jika kau sendiri yang bertanya pada aku, baru aku akan jawab ya. cuma aku saja yang tidak mahu mengucapkan kata yang serupa, mungkin kerna tidak mahu kau muak mendengar kata-kata yang tiap hari aku lemparkan pada kau. 

bila kita pendam,pendam dan pendamkan perasaan itu, suatu hari dia akan meletus juga. ah, hanya air mata yang menemani aku. entah kenapa dengan aku tika ini, rindunya yang teramat. sungguh. .aku rindukan kau  :)



* aku rindu kau sangat <3