'

PENGIKUT TERBAIK !

Wednesday, February 1, 2012

PERGINYA SANG PENGHUNI

awak. .
sekali lagi saya nak kisahkan tentang kita
mungkin ini buat yang terakhir kalinya
hari bukan lagi seperti hari-hari yang lepas
hari ini ialah hari yang nyata
hari yang gelap, mendung dan bagaikan tidak bernyawa untuk saya

sebenarnya hari yang lepas itu
saya bukan nak tunjukkan kebencian saya pada awak
cuma saya nak ceritakan situasi kita saat ini
saya sayang awak sebenarnya

kita sekarang dah berbedakan wak??
tak seperti punya hari-hari yang lepas
punya bahagia ,punya sayang dan punya cinta
kini itu semua sudah tiada
tiada hari-hari seperti itu lagi

semua manusia disekeliling saya
memikirkan yang kita bahagia
ya, saya bahagia dengan diri awak
sentiasa mengharap yang terbaik

awak, awak ingat lagi tak
saya pernah cakap yang saya tak nak tengok orang yang saya sayang
sedih disisi saya
kini saya relakan. .

kini, tarikh 1 februari 2012
saya lepaskan awak pergi
melepaskan orang yang saya sayang untuk dia bahagia
sesuatu yang saya tak jangka sama sekali

saya nak nangis dan saya nak menjerit sekuatnya
saya juga seperti mahu lari
lari dari semua kepedihan ini
tapi saya dikelilingi manusia yang ramai
saya kaku sebentar

bila manusia seorang demi seorang tanya kenapa
saya diamkan saja
sekadar tersenyum
tapi anak mata ini tak dapat tipukan??
ianya menjadi bergenang

awak, saya lepaskan awak
awak pergilah cari kebahagiaan
saya tak mampu memberinya

biarkan saya disini
saya masih ada hati dan perasaan yang kuat untuk menempuhi semua ini
biarkan saja saya sebegini
tanpa ada awak lagi
pergilah wak
pergi. .

air mata ini seperti tidak mahu keluar lagi
sudah kering mungkin
sudahlah, saya tidak akan ada dalam hidup awak lagi
dan awak tiada lagi diri saya yang dulu
biarkan hari-hari yang berlalu itu pergi
pergi dengan kenangan yang sukar dilupakan

sekali lagi saya ucapkan terima kasih
dengan apa yang telah kita lalui
sungguh ikhlas, sungguh tiada dendam dari saya
dan saya biarkannya pergi

biarpun hati ini punya sayang sangat-sangat pada awak
takkan mungkin kita bertaut kembali
tamat antara kita
tiada detik seperti lepas
terima kasih awak
terima kasih sekali lagi


*  kasih dan sayang saya tak pernah berniat menduakan awak,maaf atas semua kesilapan saya. moga awak bertemu insan yang dapat membahagiakan awak sebaiknya.









No comments:

Post a Comment