Tahun baru akan menjelang beberapa minit lagi. Di saat macam ni aku mula berfikir tentang hari-hari lepas yang telah aku lalui. Kesedihan, kegembiraan, kesunyian dan segala jenis perasaan telah aku rasai. Tahun 2009 terlalu banyak kesedihan telah aku tangisi, dan aku selalu berharap tahun-tahun yang mendatang akan membawa kegembiraan untuk aku. Dan kadangkala tanpa kita sedari, umur kita semakin meningkat dan terus meningkat. "aku dah tua sekarang" kata-kata tu bermain di fikiran aku, azam tahun lepas ku banyak lagi yang belum tertunai. Bila agaknya akan tercapai ye, aku pun tak tahu. Dan saat nie aku terasa agak kesorangan, mungkin waktu macam nie korunk semua tengah berbahagia. Ermmm..menjelang tahun baru ku masih berseorangan dan akan terus berseorangan. Untuk korank semua, happy new years k. Hope korunk semua akan terus berblog n mencurah perasaan macam aku. HEHEHE
PENGIKUT TERBAIK !
Thursday, December 31, 2009
Friday, December 25, 2009
SEX??
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya, "Daddy.daddy.... sex tu apa, daddy ....?" terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden. Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan. Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
"Eh kenapa ni?" Si ayah bertanya kehairanan.
Si anak masih juga menangis. "Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!".
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)


