'

PENGIKUT TERBAIK !

Saturday, January 9, 2010

HARTA PUSAKA VS WASIAT???



Hari ni aku nak share dengan korank sikit ilmu yang aku baru belajar dekat kelas Mawarith tadi petang. Korank semua mesti tahu kalau aku sebut pasal harta pusaka atau harta wasiat kan??.Biasanya kalau kita sebut harta pusaka atau wasiat, majoriti orang akan fikir harta tu semua untuk ahli keluarga si mati. Korank pernah fikir tak yang jiran sebelah rumah atau pembantu rumah korank yang tiada sebarang pertalian pun boleh dapat harta tu gak??. Sebenarnya harta wasiat dengan harta pusaka adalah dua benda yang berbeza. Dekat bawah ni aku jelaskan sedikit prosedur yang perlu dilakukan terhadap harta-harta peninggalan si mati. Setelah seseorang itu mati, sebelum harta-hartanya dibahagikan mengikut sistem faraid(sistem pembahagian harta mengikut cara islam). Beberapa hak perlu ditunaikan mengikut tertib seperti di bawah:

  1. Hak ain harta(berkaitan dengan harta).
Iaitu berkaitan dengan harta-harta yang ditinggalkan si mati. Contoh mudah yang boleh aku bagi ialah si A membeli rumah daripada si B dengan harga RM400 000. Tetapi si A telah meninggal dunia sebelum habis bayar hutang rumahnya. Semasa hidup si A,dia dah bayar sebanyak RM200 000 kepada si B.Jadi tanggungjawab waris si A ialah jika dia nak rumah tu dia kena bayar baki hutang rumah tu sebanyak RM200 000 lagi. Kalau tidak rumah tu akan kembali menjadi milik si B, dan si B pula kena pulangkan semula RM200 000 yang dah dibayar si A semasa hidup dia.
                                                                                                                                                                                
      2. Hak persiapan pengkebumian.

Perbelanjaan yang digunakan untuk membiayai segala persiapan untuk pengkebumian seperti belanja memandikan, menggali kubur, menanamnya dan sebagainya.Hukum buat kenduri adalah tidak disunatkan, dan jika korank ingin juga mengadakan kenduri haram menggunakan harta milik si mati. Ini bermaksud, kalau nak buat kenduri gunalah duit anak-anak si mati,jiran-jiran atau saudara mara.Oleh itu, siapa yang membelanjakan  sesuatu daripada harta peninggalan si mati hendaklah menggantikannya.

      3.Hak hutang piutang.

Setelah menyelesaikan belanja pengebumian, jika ada lebih hartanya, hendaklah diselesaikan pula hutang piutang si mati. Hutang-hutang ni termasuk hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. Dalam mazhab Syafie, hutang dengan Allah hendaklah didahulukan daripada hutang dengan manusia. Hutang-hutang Allah ialah seperti zakat yang belum ditunaikan, nazar,haji serta kafarah. Hutang dengan manusia seperti hutang wang dan sebagainya.

       4.Hak wasiat.

Setelah selesai menyempurnakan hak-hak yang tersebut di atas, barulah kita sempurnakan wasiat si mati. Jika ada lebih hartanya. Pemberian harta wasiat tidak boleh melebihi satu per tiga daripada baki harta tersebut, sekiranya lebih satu per tiga maka tidak sah wasiat itu kecuali diizinkan oleh ahli-ahli warisnya. Wasiat boleh diberikan kepada sesiapa sahaja bergantung kepada wasiat si mati.Tak kisahlah samada si mati wasiatkan  hartanya pada orang yang tiada pertalian darah sekalipun asalkan tidak lebih satu per tiga.

       5.Harta sepencarian.

Seterusnya, jika ada diantara waris-waris yang ingin menuntut harta sepencarian bersama si mati hendaklah mengemukakan tuntutannya ke mahkamah syariah sebelum harta tu difaraidkan. Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan mengikut syarat-syarat ditetapkan syarak.

       6.Hak waris(harta pusaka)

Setelah selesai menyempurnakan hak-hak diatas, maka bolehlah  baki harta tersebut dibahagikan kepada  waris-waris si mati yang berhak mengikut syarat dan tertibnya.


Kesimpulannya,banyak langkah-langkah yang perlu dipatuhi sebelum korank semua fikir nak harta tu. Bila kita dah tahu serba sikit tak lah begaduh adik beradik pasal harta pusaka. Dahulukan mana yang wajib..

1 comment:

  1. thanks..info yg sgt bagus..ramai yg xbrape ambil berat pasal wasiat..

    ReplyDelete