'

PENGIKUT TERBAIK !

Monday, December 7, 2009



APA ITU CINTA??



Ramai yang tahu tentang cinta, menyebut perkataan cinta, dan ramai juga yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa maksud cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
  • Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah erti sebenar cinta.
  • Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Semua manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, cinta kepada tuhan, cinta kepada kekasih dan sebagainya. Wujudnya cinta tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa dengan naluri dan gerak hati.

  • Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu mengharapkan kepada penghujungnya iaitu perkahwinan. Kebanyakkan insan bercinta mengharapkan agar mereka menemui pasangan yang mempunyai persamaan samada dari segi tingkah laku, minat dan sebagainya.Ianya agar hubungan yang terjalin akan lebih bahagia.

  • Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

  • Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya, sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya tanpa perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca buku ilmiyah atau novel cinta.

  • Cinta Itu Hidup
Cinta itu ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu akan hidup shingga sampai ke satu ketika dimana ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
  • Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang dinyatakan oleh kebanyakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta dan sucinya cinta membawa maksud ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
  • Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah tetapi juga mempersonakan. Ini bukan kerana cinta itu bersifat nakal tapi kerana ia suci dan bersih. Contohnya seperti anda melihat anak kecil yang comel dan bersih. Dia tersenyum pada anda lalu merapati anda, anda terpesona kepadanya bukan saja kerana ianya comel, tapi juga kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya menyebabkan manusia berbuat silap apabila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
  • Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti?? Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah dengan mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang diingini oleh kekasih. Mereka percaya, jika itu tidak berlaku maka cinta tersebut tidak tinggi nilainya. Sebenarnya, anggapan itu tidak tepat sama sekali. Jika anda memberi kan segala yang diingininya,apakah yang akan tinggal pada anda? Benarkah dengan melakukan pengorbanan sedemikian sang kekasih akan menghargai anda??

Seorang lelaki yang cintakan kekasihnya dengan setulus hati tidak akan memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintainya itu. Malah ia akan menjaga kekasihnya itu agar tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


chentaquyasridz,
07 Disember 09






No comments:

Post a Comment