'

PENGIKUT TERBAIK !

Saturday, December 19, 2009

COVER MALU??



Adakah anda semua pernah menghadapi situasi yang memalukan??, dibawah ini telah saya sertakan tip-tip menarik untuk anda semua cover kemaluan sekiranya menghadapi situasi memalukan seperti berikut:

  1. Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur sehingga mengeluarkan sejenis cecair yang dipanggil "air liur basi" . Bangunlah dalam keadaan  separuh sedar dan buatlah macam anda terkena sawan sambil keluarkan air liur. Mesti kawan anda panik dan berhenti ketawa. 
  2. Kalau anda silap tegur orang. Teruskan berbual dengannya seakan-akan anda mengenalinya dan baginya duit. Apa tujuannya?? katakan padanya yang kononnya anda ingin membayar hutang lama. Mesti mereka pun mengaku anda kawannya..
  3. Jika anda ditegur kerana terlupa zip seluar. Katakan pada mereka yang ia merupakan fesyen terbaru sambil berfalsafah "biar rosak zip, jangan rosak akhlak"
  4. Kalau anda tersilap masuk tandas, tidak kira bagi perempuan atau lelaki. Buatlah wajah yang gelabah atau panic sambil berlakon kononya anda sedang mencari isteri, suami, awek atau pakwe anda yang dari sejam tadi tak keluar-keluar.
Selamat mencuba..
hehehe :)
                                                                                                                                         

6 comments: